in

“Jarak 59 km sahaja” – Netizen Tidak Puas Hati, Agen Hartanah Jual Rumah Di Nilai Kononnya Berhampiran KLCC

agen hartanah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu posting di X telah menarik minat orang ramai setelah seorang agen hartanah bertindak mengiklankan sebuah rumah dengan ‘jarak sekitar 59 kilometer sahaja dari KLCC’.

Bagaimanapun, setelah diperiksa oleh netizen, rumah tersebut sebenarnya terletak di Nilai. Untuk ke KLCC pun makan masa 46 minit, itupun tidak termasuk tol.


Ini tidak lagi mengambil kira kesesakan jalan yang terpaksa ditempuhi pada waktu-waktu puncak, terutamanya ketika ingin pergi dan balik kerja.

agen hartanah

Artikel berkaitan: “Siap turun dekat trek” – Kecoh Di Twitter, Seorang Lelaki Serang Wanita di Stesen LRT

Artikel berkaitan: Dah macam kotak –  Pelajar Intern Kecewa Ditipu Pemilik Rumah Sewa

Dalam ruangan komen, netizen meminta agar agen hartanah tidak mengiklankan rumah sewenang-wenangnya kerana takut menimbulkan salah faham.

agen hartanah

Malah, ada netizen yang meninggalkan komen supaya agen tidak mendakwa rumah atau bilik sewa ‘berdekatan dengan LRT’ padahal perlu berjalan selama 30 minit ke stesen terdekat.

“Dalam iklan bukan main cakap ‘walking distance’ ke MRT atau LRT, padahal…”

Menurut Rara, rumahnya di Kuala Lumpur terletak kira-kira 6 kilometer sahaja daripada KLCC.

“Tapi, saya pun tidak berani hendak ‘claim’ rumah saya ni dekat. Kalau jammed dan hujan, hendak tempuh 6 kilometer pun makan masa berjam-jam.”

“Kalau macam ini, saya pun hendak iklankan rumah saya 430 kilometer dari KLCC. Kalau hendak cepat boleh gunakan WCE,” gurau Aiman.

Kalau ‘claim’ dekat dengan KLCC padahal 59 kilometer jauhnya, itu dah melampau… 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.