“Dah macam kotak” – Pelajar Intern Kecewa Ditipu Pemilik Rumah Sewa

Tambah ke Sumber Pilihan
“Dah macam kotak” – Pelajar Intern Kecewa Ditipu Pemilik Rumah Sewa

Seorang pelajar yang ingin menjalani latihan amali di Perak kecewa selepas tiba di bilik sewanya baru-baru ini kerana ianya tidak seperti apa yang dijanjikan pemilik berkenaan.

Menurut laporan, sewaan bilik yang terletak di Manjung pada harga RM300 itu bukannya bilik tetapi hanyalah unit rumah kedai yang telah dipasang sekatan (partition). Bukan itu sahaja, ia juga tidak mempunyai pengudaraan dan hanya ada katil dan sebuah locker.


Bilik SewaSumber: FMT

Tambah Ikhmal, dia tidak dapat ke lokasi bilik sewa di Manjung itu untuk menyaksikan sendiri saiz bilik tersebut sebelum bersetuju kerana dia menetap di Terengganu dan memerlukan bilik berkenaan selama 7 minggu untuk menjalani latihan klinikal di sana.

Menurutnya lagi, bilik berkenaan dipilih kerana ianya dekat dengan tempat internnya. 

“Macam duduk dalam kotak, bilik panas tapi kena tahan lah 7 minggu” 

Tambah Ikhmal, dia terpaksa tinggal di bilik berkenaan dan tidak mahu mencari bilik lain kerana telah membuat bayaran pendahuluan selain pemilik mula mengira tempoh sewaan bermula bayaran deposit dibuat iaitu dua minggu sebelum dia menduduki bilik berkenaan.

UnnamedSumber: Gambar Hiasan

Kalau nak diikutkan, Ikhmal bukanlah mangsa pertama ‘penipuan’ bilik sewa yang viral di media sosial.

Menurut peguam, Derek Fernandez, penyewa perlu menandatangani perjanjian penyewaan yang merangkumi klausa yang menetapkan bahawa pemilik telah mematuhi undang-undang yang berkaitan dengan hartanah.

Tambahnya lagi, perjanjian itu sepatutnya menyatakan bahawa tuan tanah bertanggungjawab jika ia adalah kenyataan palsu, juga mesti dicop supaya ia boleh diterima di mahkamah. Namun, sekiranya tidak dicop, dokumen bertulis yang mengandungi tandatangan juga sudah memadai, ujarnya.

Fernandez berkata orang ramai boleh membuat aduan kepada majlis tempatan sekiranya mendapati mana-mana bangunan telah diubah suai tanpa mendapat kelulusan.

Baca : “Besar saiz tandas” – Ramai Terkejut Ruang Tepi Balkoni Dijadikan Bilik Sewa Harga RM600

Bilik Sewa Balkoni

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Dah macam kotak” – Pelajar Intern Kecewa Ditipu Pemilik Rumah Sewa
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dah-macam-kotak-pelajar-intern-kecewa-ditipu-pemilik-rumah-sewa/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM