“Agar saya dapat merasa tua” – Bertarung Kanser, Caption Ringkas FaceApp Elyana Undang Sebak Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sekarang ni kita semua tengah kemaruk main FaceApp kan? Aplikasi yang ubah muka kita untuk jadi tua tu, kalau buka Instagram masing-masing upload gambar ni sampaikan artis-artis pun terjebak sama.

Tapi dalam banyak-banyak gambar yang admin scroll, tersentuh hati tengok kata-kata daripada Elyana.

 

Semoga Allah panjang kan umur saya, agar saya dapat merasa tua..”

Umumnya, kita tahu yang Elyana sekarang ni sedang bertarung kanser Lymphoma tahap 4. Masa dia muat naik gambarnya versi tua di Instagram, pelatun lagu Niat ini bagi satu gambaran yang seolah-olah anaknya sudah mempunyai keluarga sendiri.

Malah Elyana mengahrap sangat yang dia panjang umur untuk merasai hari tua, dan melihat cucunya.

 

Ramai yang sebak bila baca kata-katanya ini, masing-masing memberi sokongan moral untuk dia terus kuat melawan kanser dan niatnya di makbulkan.

 

Sebak pula baca – Netizen

Allahuakbar, memang sebak, mudah-mudahan Elyana dipanjangkan umur untuk menikmati hari tua dan dapat menimang cucu.

 

Baca : “Kesiannya…” – Peminat Simpati Elyana Terpaksa Gugurkan Kandungan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.