“Banyak manusia munafik!!!” – Setelah Lama ‘Menghilangkan Diri’, Sajat ‘Marah-Marah’ Di IG?

Tambah ke Sumber Pilihan
“Banyak manusia munafik!!!” – Setelah Lama ‘Menghilangkan Diri’, Sajat ‘Marah-Marah’ Di IG?

Meskipun kita kini di bulan Ramadan, usahawan kosmetik yang kini ‘menghilangkan diri’, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamarzaman masih terus membuat kontroversi.

Terbaru hari ini menerusi IG story, Sajat kelihatan seperti sedang marah dan lepas geram terhadap ‘seseorang’ atau satu perkara yang telah berlaku kepadanya.


Sajat 1Sumber: Instagram

“Biarlah tak ada agama dari ada agama, yang rasa diri tu bagus tak pernah buat dosa!!!” 

Dari beberapa posting IG yang dimuat naiknya, Sajat kelihatan seperti sedang berang dan mengeluarkan kenyataan memerli sesetengah pihak merasakan diri mereka tidak pernah berbuat dosa.

Mereka juga digelarkan sebagai munafik dan manusia bertopengkan syaitan. Pulak dah? Kenapa ni Bang Jat? 

Img 5838Sumber: Instagram

Tak cukup dengan itu, Sajat juga meluahkan dirinya terasa seperti dibuli oleh ‘orang dalam agama’ serta pernah dihina oleh mereka ini.

Jat 1Sumber: Instagram

Jat 2Sumber: Instagram

Sajat marah netizen, akan bangkit dari semua ini

Dengan menggunakan filter Elsa daripada filem Frozen di IG story, Sajat juga memberitahu yang dia akan bangkit daripada semua masalah yang membelenggunya kini.

Malah dia juga sempat memarahi haters yang mengecamnya selama ini.

SajadiahSumber: Instagram

Sehingga kini keberadaan usahawan kosmetik ini masih menjadi ‘misteri’ kepada semua pihak yang sedang mencarinya walaupun terdapat dakwaan yang mengatakan dia kini berada di Thailand.

Dalam pada itu, Sajat juga pernah menjelaskan yang tidak mungkin dia mampu merentas negeri dalam keadaan negara masih dalam pandemik COVID 19 dan hanya memberitahu yang dia kini berada di Johor Bahru.

Walau bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sama ada info yang diberitahunya itu sahih ataupun tidak.

Kenapa tu marah-marah Sajat? Bulan puasa ini kita kena lebih tenangkan diri. 

Baca: “Ingat bapak aku wakil rakyat Thailand ke?” – Sajat Nafi Lari, Kata Sekarang Tengah Ada Kat JB?

Jb

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Banyak manusia munafik!!!” – Setelah Lama ‘Menghilangkan Diri’, Sajat ‘Marah-Marah’ Di IG?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/banyak-manusia-munafik-setelah-lama-menghilangkan-diri-sajat-marah-marah-di-ig/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM