in

Ada Ura-ura Bakal Jadi Juara Gegar Vaganza 8, Netizen Tak Jadi ‘Cancel’ Aliff Aziz

Collage 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa tahun lalu, nama Aliff Aziz sering disebut oleh netizen gara-gara kontroversi yang melanda dirinya selepas beberapa kali dikatakan curang.


Ekoran ini juga, ramai peminat dari Malaysia dan juga negara asalnya Singapura telah bertindak mengecam segala tindakan yang dibuat.

Namun begitu, selepas dua minggu menyertai Gegar Vaganza musim ke-8, penyanyi ini dilihat dapat menebus semula kesalahannya dengan memenangi tempat pertama dua minggu berturut-turut.

Persembahan Aliff Aziz semalam membawa lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal kumpulan Padi dari Indonesia telah berjaya mencairkan ramai pendengar!

Malah, ketua juri Datuk Ramli MS juga turut menyifatkan nyanyian Aliff ini sebagai nyanyian yang sangat dinamik manakala juri dari Indonesia Hetty Koes Endang mengatakan persembahan penyanyi dari Singapura ini sangat grand.

Manakala di media sosial pula, rata-rata netizen yang terkesima dengan persembahan dari Aliff Aziz ini dan turut meluahkan rasa terkejut mereka dengan kemampuan penyanyi yang popular dengan lagu Sayang-sayang.

Screenshot 2021 11 29 At 1.59.40 Pm Down

Min pun tak sabar ni nak dengar Aliff Aziz bawak lagu Kasihnya Laila dan Bandi Amuk nyanyi lagu P.Ramlee minggu depan!

 

Baca: “Aliff jaga baik-baik Bella & kids ok” – [VIDEO] Lepas 9 Bulan Terpisah, Ramai Tak Tahan Sebak Tengok Keluarga Aliff Aziz Akhirnya Bersatu

Screenshot 2021 11 29 At 2.07.16 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.