“Ada perisa tambahan rupanya”- Guna Gigi Palsu, Ramai Kembang Tekak Tengok Cara Nenek Ini Kelim Kuih

Jadikan sumber pilihan di Google
“Ada perisa tambahan rupanya”-  Guna Gigi Palsu, Ramai Kembang Tekak Tengok Cara Nenek Ini Kelim Kuih

Bukan mudah nak buat karipap. Nak buat inti tu mungkin tak susah sangat tapi bila nak kelim tu, ramai yang akan menyerah. Nasib baik sekarang dah ada alat acuan karipap, jadi senang la sikit kerja tu.

Namun, buat seorang nenek ini pula, dia ada kaedah yang agak pelik sebab dia menggunakan gigi palsu untuk kelim kuih!


Beberapa hari lepas, viral di TikTok dan Twitter tentang sebuah video yang memaparkan wanita berkenaan kelim kuih dengan gigi palsu ini. Video yang berdurasi 12 saat itu telah dikongsikan oleh akaun TikTok user8642113579.

Dapat dilihat dalam video itu juga, wanita berkenaan meletakkan inti kuih ke dalam kulit kuih sebelum menggunakan gigi palsu untuk memudahkannya kelim makanan berkenaan.

Sekali tengok, kuih yang sedang dibuat tu nampak macam karipap namun tak dapat dipastikan sama ada itu betul-betul karipap atau ladu (dumpling). Selain itu, dari negara mana asalnya video ini pun tak dapat dipastikan juga.

Gipalsu 2Sumber: TikTok @user8642113579

Kaedah luar biasa yang digunakan nenek itu telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial di mana kebanyakannya mengatakan mereka nak berhenti seketika daripada makan karipap selepas ini.

Gipalsu 3Sumber: TikTok @user8642113579

Ada juga yang berpendapat mungkin akan ada rasa Polident sikit la bila makan kuih tu. Tak kurang juga ada yang rasa mungkin nenek ni hanya bergurau dan kuih yang dibuat guna gigi palsu tu tak dimakan pun.

Photo 2022 04 16 13 50 24Sumber: TikTok @user8642113579

Photo 2022 04 16 13 50 26Sumber: TikTok @user8642113579

Lepas ni min rasa nak buat sendiri je la karipap. 

Sumber: TikTok @user8642113579

Baca: “Macam mana boleh jatuh tu?’ – [VIDEO] Kelakar! Cucu Gigih Cari Gigi Palsu Nenek Terjatuh Dalam Kolam Ikan

Gipalsu 1

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Ada perisa tambahan rupanya”- Guna Gigi Palsu, Ramai Kembang Tekak Tengok Cara Nenek Ini Kelim Kuih
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ada-perisa-tambahan-rupanya-guna-gigi-palsu-ramai-kembang-tekak-tengok-cara-nenek-ini-kelim-kuih/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen