“Order lain dapat lain” – Wanita Singapura Kena ‘Scam’ Beli Gigi Palsu Online, Rupanya Gigi Mainan

Jadikan sumber pilihan di Google
gigi palsu

Seorang wanita di Singapura telah kerugian sebanyak $65 (bersamaan kira-kira RM218) selepas membeli gigi palsu secara atas talian namun menerima gigi mainan.

Memetik laporan Mothership, Luo Tailan terjumpa satu Facebook pengiklanan gigi palsu untuk dijual pada April 2023. Gigi palsu itu ditawarkan pada harga yang Luo rasakan murah, dengan promosi “Beli tiga, dapat tiga percuma”.


Gigi Palsu
Gambar Hiasan

Menurut Luo, beliau mendapati promosi ini menarik dan telah bersetuju untuk membeli enam set gigi palsu. Selain akan menggunakan sepasang untuk dirinya, Luo bercadang untuk memberikan sepasang lagi kepada kakaknya dan rakannya.

Bagi menguruskan penghantaran, Luo diarahkan untuk meninggalkan komen pada hantaran Facebook itu berserta nama dan alamatnya.

Kira-kira dua minggu kemudian, Luo menerima bungkusan itu dan membayar harga barang semasa penghantaran.

Kemudian, beliau membuka bungkusan itu dan terus mencuci ‘gigi palsu’ itu. Walau bagaimanapun, ketika mencuba, beliau menyedari bahawa gigi palsu itu tidak boleh digunakan sama sekali.

Screenshot 2023 05 13 At 12.41.28 Pm

Kecewa selepas ditipu, Luo cuna menghubungi penjual untuk mendapatkan bayaran balik. Beliau terpaksa meninggalkan beberapa komen pada hantaran Facebook asal untuk memberi amaran kepada pengguna lain agar tidak membuat pembelian.

Namun, kesemua komen Luo telah dipadam oleh akaun itu.

Luo berharap dengan berkongsi pengalamannya, ia dapat mengelakkan bakal pembeli lain daripada ditipu.

Baca: Kembang Tekak! Individu Terkejut Dapat ‘Free’ Pakej ‘Inti’ Gigi Berlubang Dalam Kuih Vadei

Ft Gigi Inti Vadei

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Order lain dapat lain” – Wanita Singapura Kena ‘Scam’ Beli Gigi Palsu Online, Rupanya Gigi Mainan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/order-lain-dapat-lain-wanita-singapura-kena-scam-beli-gigi-palsu-online-rupanya-gigi-mainan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen