Malam Sabtu lalu merupakan perlawanan akhir Piala FA Malaysia yang menyaksikan JDT menjadi juara menentang Terengganu FC. Memang sesak betul Stadium Bukit Jalil masa tu dengan penyokong bola dan konsert Dewa 19 yang diadakan pada masa yang sama.
Tapi, satu video yang dimuat naik di akaun TikTok baru-baru ini ketika perlawanan Piala FA sedang berlangsung telah menarik minat ramai orang.
Ia menunjukkan seorang penyokong Terengganu yang sedang menutup mukanya kerana malu selepas dia dibahan oleh rakan-rakannya gara-gara gigi palsunya tercabut ketika memarahi pengadil perlawanan.
Lebih mengharukan, gigi palsu lelaki ini turut tersembur dan termasuk ke dalam longkang di hadapannya. Aduiiii bang guano ni?
@mizalurima11 Pengadil la ni punca,tercabut gigi palsu kwn saya ke longkang 😂😂😂#terengganufc #tiktok #fyp #bukitjalil
Menerusi temubual bersama mStar, lelaki yang menjadi mangsa gelak rakannya ini telah menceritakan kembali detik-detik ketika gigi dua batangnya itu terjatuh ke dalam longkang sedalam 10 kaki.
Masa tu saya marahkan pengadil. Saya jerit hoi kepada referee masa Faiz Nasir kena tackle. Tiba-tiba gigi palsu saya tercabut dan tercampak ke dalam longkang.
“Saya rasa gelabah sangat takut orang lain dan kawan-kawan tahu. Saya dah cuba nak ambil sendiri tapi tak lepas pula nak capai. Longkang tu dalam sangat.
“Tapi tidak lama kemudian kawan-kawan perasan gigi saya dah tak ada. Barulah saya baru beritahu mereka yang gigi dah jatuh dalam longkang.”
Tak cukup dengan itu, sepanjang perjalanannya pulang ke Terengganu juga, rakan-rakannya tak henti membahannya lebih-lebih lagi selepas dia perlu menempuh perjalanan dalam keadaan rongak. Memang redhalah…
Sepanjang perjalanan pulang tu memang kena ‘bahan’. Sampai sekarang pun mereka masih gelakkan saya lagi. Memang mereka akan ingat sampai bila-bila kejadian tu.”
Menurut Syawal, gigi aslinya patah sejak 10 tahun lalu akibat terjatuh ketika bermain bola sepak. Dia kini sedang merancang untuk membuat semula gigi palsu baru bagi mengelakkan dia terus dibahan oleh rakan-rakannya.