in

“Macam mana boleh jatuh tu?” – [VIDEO] Kelakar! Cucu Gigih Cari Gigi Palsu Nenek Terjatuh Dalam Kolam Ikan

Fi Gigi 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesiapa yang masih mempunyai datuk dan nenek, meluangkan masa bersama mereka itu adalah pasti jika ada kelapangan.


Mana tidaknya, umur mereka pun dah lanjut jadinya banyak masa terluang yang mereka ada. Kebiasaannya, mereka akan gembira kalau dapat keluar bersama anak-anak dan cucu mereka.

Namun, kegembiraan sebuah keluarga di Indonesia ini mungkin lebih sedikit selepas ada peristiwa lucu yang berlaku.

 

Gigi palsu boleh tercabut

Baru-baru ini telah tular di TikTok tentang seorang nenek yang mana gigi palsunya telah tercabut lalu jatuh ke dalam kolam. Difahamkan juga, kejadian itu berlaku di sebuah restoran yang mempunyai kolam di situ.

Oleh sebab itu, seluruh keluarga jadi gelabah dan menjadi tanggungjawab cucu lah untuk cari semula gigi palsu tersebut. Tambahan harga gigi palsu itu pula mahal. Memang mencari juga la jawabnya.

Perkongsian itu telah dimuat naik oleh @vhiendysipp di akaun TikToknya dan sehingga kini telah meraih lebih dari 3 juta views.

@vhiendysipp

Kocak abis bisa-bisanya gigi nenek w nyemplung #fyo #foryou #jokes #voiceeffects

♬ Dominique Koplo – yofve squidward

Dapat kita lihat dalam video itu, cucunya sampai buka baju sebab nak masuk dalam kolam tersebut untuk dapatkan balik gigi palsu neneknya itu. Ini baru betul cucu penyayang.

 

“Cantiknya nenek dia”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat kejadian itu namun ramai juga yang memuji kecantikan neneknya yang kelihatan tersipu malu itu.

Reak Gigi 2 Edit

Reak Gigi 1 Edit

Reak Gigi 3 Edit

Nenek pon comel je tersenyum, korang mana yang masih ada datuk & nenek tu jangan lupa tanya khabar mereka selalu. Mesti dia orang happy gila!

Sumber : TiktTok

 

Baca : Warga Emas Si ‘Manusia Silver’: Kisah Sedih Pengorbanan Nenek Untuk Cucu

Foot Gigi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.