in

Ada Manusia Lain Sebelum Nabi Adam? Ini Teori Konspirasi ‘Pelik’ Kewujudan Manusia Paleolitik Sebelum Adam

Tengkorak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita belajar di sirah-sirah nabi masa dulu, sebagai seorang Muslim, kita percaya bahawa Nabi Adam merupakan manusia dan khalifah pertama di atas muka bumi ini.


Namun sebuah thread muncul di Twitter baru-baru ni, menjelaskan sesuatu yang mungkin susah untuk kita hadam tapi di sebaliknya ada beberapa perkara penting yang mungkin kita boleh kupas mengenai kewujudan Nabi Adam dan benarkah beliau manusia pertama di atas muka bumi ini. 

Sebelum membaca, admin harap korang semua open minded mengenai hal ini dan anggaplah ia sebagai teori konspirasi ‘pelik’ yang masih belum dapat dipastikan kebenarannya.

 

Manusia Paleolitik bukan keturunan Nabi Adam? 

Menurut tweet seorang lelaki bernama Fadli, berdasarkan satu kiraan tak rasmi, Nabi Adam dikatakan hanya wujud lebih 7890 tahun lepas daripada tahun ini, 2018. Manakala manusia Paleolitik pula telah wujud kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Ini membawa erti… mereka bukan daripada keturunan Nabi Adam? 

Adam 1

Dsaowrfu0Aaga5Z

Adam 2
sumber: twitter

 

Sebelum Nabi Adam, ada manusia pernah mendiami bumi… malaikat juga ada mengatakannya masa awal penciptaan Adam?

Kalau didalami sirah dan ayat Al-Quran, malaikat juga katanya ada bertanya tentang penciptaan manusia seolah-seolah mereka tahu dan kenal manusia walaupun Adam masih belum diturunkan ke muka bumi lagi. Nampaknya kena rajin-rajin rujuk Al-Quran ni…

Adam 3
sumber: twitter

 

“Kisah ini tak termasuk dalam rukun iman jadi jangan ambil serius. Ambil sebagai pengetahuan am…” 

Hakim juga menceritakan tentang golongan Nephilim yang dikatakan sebagai golongan yang mendiami bumi sebelum Nabi Adam. Pun begitu menurutnya, janganlah mengambil serius dengan apa yang diceritakannya ini. Cukup terima sebagai pengetahuan am dan sesuatu yang buat kita yakin dengan keagungan Maha Pencipta.

Adam 4
sumber: twitter

 

Netizen teruja nak tahu lagi, minta kongsi ilmu jika ada

Kisah ini nampaknya menarik perhatian netizen yang dahagakan ilmu dan pada masa yang saling sharing informasi yang mereka tahu antara satu sama lain. Kemain semua berbincang hal ilmiah kat Twitter. Tapi as usual korang diingatkan untuk jangan ambil perkara ini serius sangat. Chill and grab a Kit Kat! 

Jangan Ambil Serius
sumber: twitter

Menarik juga kalau baca kisah sirah nabi ni. Nampaknya kenalah rujuk Al-Quran lagi dengan lebih mendalam. 

Baca: Saintis Terkenal Stephen Hawking Meninggal Dunia. Ini 6 Teorinya Yang Mengejutkan

Stephen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.