in

Saintis Terkenal Stephen Hawking Meninggal Dunia. Ini 6 Teorinya Yang Mengejutkan

Hawking

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita kematian saintis terkenal, Stephen Hawking pada usia 76 tahun sangat mengejutkan ramai pihak. Dulu, Hawking pernah didiagnos menghidapi penyakit motor neuron pada usia semuda 21 tahun hingga menyebabkan dia terpaksa duduk di atas kerusi roda, tak mampu bercakap ataupun bergerak kerana ototnya gagal berfungsi.


Kisah hidup Hawking ni boleh dikatakan agak menariklah sampai munculnya sebuah filem bertajuk ‘The Theory of Everything’ dan dia jugak dikatakan sebagai manusia yang mempunyai minda terhebat pernah hidup atas dunia ni. Wow! Berikut kami senaraikan enam teori daripada saintis ini yang pernah menimbulkan kontroversi. 

 

1. Black Hole pintu ke alam semesta lain

Black Hole Astronaut E1428345857890
gambar hiasan

Bunyi macam dalam filem fantasi sains je kan? Tapi inilah yang pernah dikatakan Hawking dulu mengenai teori Black Hole yang kononnya merupakan pintu ke alam semesta yang tak pernah ditemui manusia lain. Teori ini menjelaskan jika seseorang disedut masuk ke dalam black hole, manusia itu mungkin masih ada peluang untuk hidup kerana mereka tembus ke dimensi lain. Tapi kalau korang dah termasuk ke dalam black hole jangan haraplah nak kembali ke dunia asal lagi.

“Meskipun saya suka terbang dan angkasa lepas tapi saya takkan pernah mencuba masuk ke dalam black hole, katanya.

 

2. Alien akan jajah bumi

Alien Covenant Cc
gambar hiasan

Dulu Hawking pernah kata, kalaulah alien datang ke bumi satu hari nanti, kejadian ni boleh diibaratkan macam Christopher Columbus dari Britain datang ke Amerika dan buat kacau dekat penduduk orang asli yang ada di Amerika masa tu. Alien ni menurut Hawking akan menjajah setiap planet yang mereka jumpa kalau planet tu ada potensi kehidupan dalamnya. Contoh yang paling dekat mestilah bumi kan? Ada sumber air, makanan dan hidupan yang mewah.

Jadi lebih eloklah jangan cuba-cuba nak hubungi tamadun yang bijak dari alam semesta lain untuk elak bumi dijajah.

 

3. Kita boleh baca minda dan cara Tuhan berfikir?

Stephen Hawking
sumber: thinking minds

Bagi mereka yang belum cukup iman di dada, baca teori seterusnya daripada Hawking ni dengan berhati-hati. Menurut buku tulisan Hawking yang bertajuk ‘Blackhole and Baby Universe’ dia menyebut, kalau kita ada satu equation matematik iaitu ‘theory of everything’ yang boleh jelaskan semua kejadian dalam alam semesta ni, kita kononnya boleh membaca minda dan cara Tuhan berfikir.

Hawking jugak percaya, Tuhan tak wujud dan segala apa yang berlaku dalam alam semesta ni sebenarnya dikawal hukum sains, matematik dan fizik. Yang ni terpulanglah kepada kepercayaan masing-masing ye…

 

4. Time travel tidak mustahil

gambar hiasan

Peminat filem Back to the Future lakonan Micheal J. Fox mesti sukaaa sangat dengan teori. Yelah kan, siapa yang tak suka? Korang boleh pergi ke masa hadapan atau ke masa lalu dan lihat perubahan serta lakukan pembetulan atas kesilapan yang korang pernah buat dulu. Lebih best lagi, bila Hawking akui yang time travel tu tak mustahil dan perlu ada lebih banyak kajian terhadap teori yang dinyatakan Albert Einstein ni.

Kalau ada saintis yang boleh cari cara untuk manipulasi ruang dan waktu dengan menggunakan teori general relativity ni, angkasawan dah boleh bertolak naik roket dan kembara ke ruang angkasa serta balik semula ke bumi pada masa sebelum dia bertolak. Fuh hebat kan??

 

5. Robot ganti manusia?

Afp Fot 201311 923255
gambar hiasan

Kalau korang sedar, tema filem barat sekarang lebih menjurus kepada kejahatan teknologi atau artificial intelligence (AI) yang boleh memusnahkan manusia. Walaupun kebolehan robot dalam buat macam-macam perkara ni memang diakui bagus dan datangkan kebaikan kepada manusia, tapi cuba korang fikir kalau semua benda robot dah buat, apa benda pulak yang boleh dibuat oleh manusia?

Perkara macam ni akan kurangkan peluang pekerjaan bagi manusia sebab company akan ambil robot bekerja. Lagipun robot lebih rajin kot daripada manusia. Ouchhh! Pun begitu kata Hawking, AI ni berpotensi menghancurkan peradaban manusia dan kemungkinan besar ia akan jadi ciptaan terburuk yang pernah dibuat.

 

6. Bumi akan jadi neraka yang bulat

Download 1
gambar hiasan

Semasa di Tencent WE Summit dekat Beijing, Hawking ada bercakap tentang teorinya berkaitan kiamat. Katanya, bumi akan jadi macam bebola api raksasa ataupun lebih kurang macam neraka disebabkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan. Hawking jangka bumi akan musnah sekitar tahun 2600 nanti. Wuish lama lagi! Jadi katanya kalau korang nak terus hidup, eloklah cari jalan untuk keluar dari planet biru ni dan cari planet lain yang untuk teruskan hidup.

Pelik-pelik kan teori daripada saintis terkenal ni? Apa-apapun semua ni hanyalah teori dan belum terbukti pun benar-benar berlaku. Bagi mereka yang rasa teori ni agak keterlaluan, ingatlah ni hanya pandangan Hawking sendiri dan penulisan ni tidak membuktikan bahawa kami sebagai penulis percaya dan sokong dengannya.

Kepada yang nak mengkaji dengan lebih lanjut, kami nasihatkan korang membaca teori Hawking dengan minda yang terbuka dan tidak ketepikan akidah ketika mengkaji. 

Baca: 6 Perkara Tentang Malaysia Yang Rakyat Negara Ini Sendiri Tak Tahu! 

Msia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.