in

Ada Lebih 200 Mayat Bergelimpangan, Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Gunung Everest

Collage 29

Baru-baru ini, kita semua dikejutkan dengan berita pemergian Pengarah Angkatan Pertahanan Awam, Awang Askandar Ampuan Yaacub yang meninggal dunia selepas terjatuh ketika hampir sampai ke puncak ketika mengikuti pendakian ke gunung tertinggi di dunia.

Tak cukup dengan itu, salah seorang peserta yang turut mengikut program Misi Malaysia Everest (ME) Muhammad Hawari Hashim yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran telah dilaporkan hilang dan usaha untuk menjejakinya masih giat dilakukan sehingga ke hari ini.

Kalau korang nak tahu, Gunung Everest mempunyai reputasi dan rekod yang terburuk bagi kematian terbanyak di atas gunung. Ramai yang sudah mencuba untuk menawan gunung tersebut tapi hanya beberapa orang sahaja yang berjaya. Malah, walaupun ada orang yang berjaya tiba ke puncak gunung, tak ada jaminan yang mereka dapat turun semula dalam keadaan selamat.

Kenapa orang daki Gunung Everest?

Dead Bodies On Everest Ascending Fixed Lines 768X576 1

Gunung Everest merupakan salah satu dari 14 gunung yang berukuran lebih 8,000 meter di atas paras laut yang dikenali sebagai “Eight-thousanders”. Mendaki gunung pada ketinggian ini akan membebankan badan terutamanya jantung dan paru-paru.

Jadi, pendaki yang mahu mendaki gunung-gunung tinggi ini perlu mempunyai fizikal dan mental yang baik walaupun hanya mahu sampai ke base camp.

Di ketinggian 8,848.86 meter atau 29,0129 kaki di atas paras laut, Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia. Jadi, jika seseorang itu berjaya menawan puncak gunung ini, ia merupakan pencapaian yang sangat-sangat menakjubkan.

Antara salah seorang orang pertama yang cuba untuk mendaki Gunung Everest ini mengatakan yang dia mahu mendaki gunung ini kerana “ia ada di situ”. Namun begitu, dia tak berjaya dan mayat George Mallory hanya ditemui di gunung tersebut selepas 75 tahun!

Berapa banyak mayat di atas Gunung Everest

Dead Bodies On Everest Green Boots 768X576 1

Dikatakan ada lebih dari 200 mayat yang ditinggalkan di atas Gunung Everest. Namun begitu, tak dapat dipastikan jumlah sebenar mayat di sana atau di mana mayat-mayat ini berada ekoran keadaan cuaca yang sangat buruk. Ini bermakna dua per tiga dari orang yang mati di atas gunung tersebut masih di sana.

Berapa ramai mati ketika mendaki Gunung Everest?

Dead Bodies On Everest Francys Arsentiev Sleeping Beauty

Sehingga Mei 2023, seramai 319 orang telah mati ketika cuba untuk mendaki Gunung Everest. Majoriti darinya masih di atas gunung. Sebahagian dari mayat tak pernah ditemui, sebahagian dijadikan sebagai “penunjuk arah” sepanjang perjalanan dan sebahagian yang lain pula hanya ditemui bertahun-tahun kemudian apabila cuaca berubah.

Namun begitu, peratusan kematian orang yang mati adalah kurang dari orang yang berjaya sampai ke puncak gunung tertinggi ini setiap tahun. Contohnya, di tahun 2021 hanya ada empat kematian direkodkan dan di tahun 2022 hanya dua.

Kenapa mayat tak dialihkan dari Everest?

Dead Bodies On Everest George Mallory

Jawapannya sebab terlalu susah untuk alihkan mayat dari gunung ini. Walaupun seseorang pendaki berpengalaman dengan kelengkapan yang terbaik sekalipun tak dapat menjamin dia akan sampai ke puncak atau pulang dengan selamat.

Bawa balik mayat pula memerlukan penyelarasan dari pasukan dan dengan cuaca yang sangat baik, ia boleh menelan kos sebanyak US$40,000 (RM185,000) sehingga US$80,000 (RM370,000). Hanya sebahagian orang yang mampu membayar kos ini. Namun begitu, kadang kala pihak berkuasa tempatan akan membayar warga Himalaya yang mahir mendaki untuk membersihkan mayat dari laluan.

Kadang kala, disebabkan lokasi mayat, ia akan menjadi hampir mustahil untuk diambil atau terlalu lama untuk dibawa keluar di bawah salji dan ais. Manakala beberapa mayat pula telah ditiup ke tepi atau di tebing salji dan beralih ke kawasan yang tak pernah dilihat atau dilalui.

Selain itu, beberapa pendaki telah memberi pesanan awal untuk membiarkan sahaja mayat mereka di atas gunung sekiranya mereka mati. Kerana ini, beberapa cubaan untuk mengalihkan mayat telah dihalang oleh keluarga pendaki.

Boleh nampak mayat ke atas Everest?

Dead Bodies On Everest Hannelore Schmatz 768X493 1

Ada beberapa mayat di beberapa tempat sepanjang jalan untuk mendaki Gunung Everest. Ada yang dah berada di situ selama bertahun-tahun dan ada juga yang hanya kelihatan apabila cuaca berubah atau salji bergerak dan segelintir mayat mungkin baru sahaja berusia beberapahari.

Beberapa tahun lepas, disebabkan kenaikan suhu di kawasan tersebut, banyak mayat lama yang dah mula muncul tertamanya di Khumbu Icefall. Bagaimanapun, lebih mengerikan adalah mayat yang mula muncul di sekitar Kem 4 dan ke atas di mana kebanyakan pendaki akan berehat sebelum membuat pendakian ke puncak.

Kawasan yang mempunyai ketinggian lebih 8,000 meter ini dipanggil sebagai Zon Kematian dan ada juga yang memanggilnya Kubur Everest.

Menurut salah seorang pendaki Lhakpa Sherpa, dia telah melihat tujuh mayat ketika pendakiannya ke puncak pada tahun 2018 dan salah satu mayat tersebut, rambutnya masih bergerak ditiup angin. Manakala Elia Saikaly mengatakan, sebanyak beratus-ratus orang telah memanjat atas mayat-mayat yang baru meninggal dunia.

Punca kematian di Everest

Dead Bodies On Everest Shriya Shah Klorfine 768X714 1

Ada banyak punca yang boleh menyebabkan kematian namun kebanyakan darinya tidak diketahui kerana pendaki ini telah hilang. Penyebab utama kematian biasanya adalah disebabkan kesakitan yang dialami apabila berada di tempat tinggi.

Terlalu sakit atau penat juga boleh menjadi punca kematian kerana seseorang itu akan duduk di satu tempat dan menggunakan semua oksigen yang ada sehingga akhirnya mereka akan tak cukup oksigen dan tubuh mereka akan berhenti berfungsi.

Serangan jantung disebabkan oleh tekanan juga boleh berlaku kepada pendaki muda yang sihat. Serta terjatuh juga boleh menyebabkan mayat tertimbus di dalam salji yang padat sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.

Jelasnya, semua ini mestilah dah diketahui oleh pendaki-pendaki yang nak naik Gunung Everest ni dan dorang pun dah bersedia untuk menghadapi risiko demi menawan gunung tertinggi di dunia ini.

Sumber: Climber News

 

Baca: 1 Hilang & 1 Lagi Maut, Netizen Persoal Wajarkah Naik Gunung Everest Jika Undang Bahaya?

Misi Everest Bahaya Meninggal Hilang