Boleh dikatakan yang kita sanggup buat apa sahaja demi sesuap nasi. Kalau kita lihat dekat Malaysia sendiri, masih ramai masyarakat yang perlukan bantuan baik dari segi kewangan atau perubatan.
Maklumlah kos sara hidup dah makin tinggi. Ada yang sanggup berpanas dan berhujan jual buah tepi jalan mengharapkan ada orang yang akan beli. Terbaharu, tular di TikTok seorang lelaki @afiqnazri_ berkongsi tentang video artis, Dayah Bakar bantu seorang uncle tepi jalan.
@afiqnazri_ Kita rasa kita susah? Ada lagi yang lagi susah dari kita. Video dari Dayah Bakar #fyp
Menerusi video tersebut, Dayah bercerita bahawa dia ada berhenti di lampu isyarat dan ternampak seorang pakcik dalam keadaan susah berjalan kerana pakcik tersebut hanya bergantung kepada 2 tongkat kakinya. Dia turut risau akan keselamatan uncle tersebut bila nak melintas jalan.
Dayah turut menyambung yang uncle terbabit rupanya menjual pen dengan pergi dekat setiap kereta tepi jalan. Namun, uncle ini hanya sempat jual untuk satu kereta sahaja dan terpaksa ke tepi jalan balik memandangkan lampu isyarat dah bertukar hijau.
Dayah kemudiannya terus bagi signal berhenti tepi dan tanya tentang keadaan kaki uncle yang sebenarnya menghidap penyakit Polio disebabkan virus Polio. Artis ini turut dilihat memberi sumbangan duit tanpa membeli pen yang dijual. Sebak pula rasa!
Uncle ini sempat mendoakan Dayah sebelum dia pergi. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang nak bantu serta kagum dengan usaha uncle yang tak putus asa dan gigih cari rezeki walaupun pergerakannya terbatas.
“Dia ada usaha nak meniaga, bukan meminta. Allahu?” – Komen netizen
Jadinya korang, kita kena banyakkan bersyukur dan kurangkan merungut tau!
Baca: “[VIDEO] Berniaga Kerepek Hingga Tertidur Tepi Jalan, Ramai Sebak Bila Tahu Kisah Sedih Adik Ni”