in

[VIDEO] Berniaga Kerepek Hingga Tertidur Tepi Jalan, Ramai Sebak Bila Tahu Kisah Sedih Adik Ni

Adik Berniaga Kerepek Tertidur Tepi Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saat kita semua sedang dalam mood membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang minggu hadapan, jangan kita lupa kepada mereka di luar sana yang berada di dalam kesusahan.


Baru-baru ini, tular satu video yang menyentuh hati di TikTok milik @danielaii yang memaparkan seorang budak lelaki dilihat tertidur di kaki lima Starbucks, Limbongan, Melaka.

Budak tersebut dilihat sedang memegang bakul berisi kerepek yang dijualnya dan tertidur dengan bersandar di dinding restoran itu.

@danielalii

semoga Allah sentiasa lindungi ko dik🤲🏻☺️

♬ Aku Bidadari Syurgamu – AmirullahMz

Apabila dikejutkan, adik ini bingkas bangun dan menuju ke arah kereta pelanggan sambil membawa beberapa paket kerepeknya untuk dijual. Allah… sedih pulak min tengok adik ni.

 

“Bapak dia tak ada… kita bawa dirilah dengan anak”

Disebabkan ramai yang simpati dengan keadaan adik ini, netizen rata-rata bersepakat untuk menghulurkan derma dan mewakilkan pengguna TikTok berkenaan untuk menghulurkan sumbangan yang bernilai RM1,220. Syukur alhamdulillah! 

https://www.tiktok.com/@danielalii/video/7091328660271107355?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Bertemu dengan ibu adik berkenaan, wanita itu kemudian berkongsi kisah sedih kehidupan mereka yang mana mereka sebenarnya berasal dari Johor dan datang ke Melaka untuk berniaga.

Oleh kerana ketiadaan suami, wanita ini telah membawa diri dan menyara enam orang anaknya seorang diri. Disebabkan cuti sekolah, wanita ini juga telah membawa anak-anaknya bersama untuk berniaga di Melaka.

https://www.tiktok.com/@danielalii/video/7091325544192642331?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

 

“Semoga kau berjaya dunia akhirat wahai anak” 

Video yang dikongsikan pengguna TikTok ini telah mendapat 2.4 juta tontonan dan rata-rata netizen bersyukur adik ini dibantu oleh pemilik video berkenaan yang baik hati.

Ramai yang mendoakan semoga kehidupan adik ini bertambah baik di masa depan dan diharapkan dia tabah dalam mengharungi dugaan.

Adik Jual Kerepek

Semoga terus kuat ya adik! Bagi yang nak menderma boleh ke TikTok pemilik video ini untuk info lanjut. 

Baca: [VIDEO] Guru Mengajar Walaupun Pakai Alat Bantuan Oksigen Undang Sebak Netizen

Oksigen

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.