in

“Ada ker mana-mana surah al-Quran mengatakan baju kurung ini milik wanita?” – Muhammad Sajjad

Sajat3 3

Pihak JAIS sebelum ini mengesahkan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36 disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuannya pada 2018 dan 2020.

Menerusi Berita Harian, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS beberapa minggu lepas.

Laporan polis berkaitan insiden itu telah dibuat dan pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan.

 

Saya pakai tutup aurat 

Minggu lepas, usahawan kosmetik yang turut dikenali sebagai Nur Sajat itu ada memuat naik satu perkongsian di Instagram yang merujuk kepada insiden tersebut.

Dia dilihat masih tidak berpuas hati dengan kritikan yang diterima berhubung dengan isu memakai pakaian wanita.

Dalam perkongsian itu Sajat ada mempersoalkan jika mana-mana surah al- Quran mengatakan baju kurung ini milik wanita. Malah, dia juga menegaskan bahawa dirinya masih menutup aurat.

Saya pakai tutup aurat .. cer bagi tahu mana surah mengatakan yang baju kurung itu milik wanita?”

Tambahnya lagi, busana yang dikenakan ituu hanya sekadar fesyen.

Yang saya tahu wanita harus menutup aurat nya.. tak ada pun element tentang fashion dalam surah.”

Sajat juga menggesa pihak berwajib untuk ulaskan hal ini. Malah Sajat juga ada membuat sindiran berkenaan dengan isu semasa.

“Kalau saya salah saya minta maaf..sebab itu yang saya tahu dalam surah..selanjut nya boleh minta berwajib ulaskan..kecoh sgt bila bagi sedekah pakai baju kurung semua nampak salah!!! Korang tu pergi masukkan daging lembu tanpa tahu status halal atau haram mcm mana? Berzaman-zaman kami makan benda tak tahu status nya!”

Dalam pada itu Sajat juga turut mempertikaikan segelintir individu yang membuat perkara haram lebih teruk daripadanya.

Dalam perkongsian itu Sajat ada memuat nai beberapa video sedang berbaju kurung dan kebaya sedang membuat agihan bantuan.

Perkongsian ini juga difahamkan dimuat naik sehari sebelum dirinya di dakwa di Mahkamah.

 

Baca : Sajat Mengaku Tidak Bersalah Berpakaian Menyerupai Wanita Ketika Majlis Solat Hajat

Jat 1\