in

Sajat Mengaku Tidak Bersalah Berpakaian Menyerupai Wanita Ketika Majlis Solat Hajat

Ft Sajjad

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa dirinya dikasari dan digari oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta turut memuat naik sebuah video di Instagram untuk ‘menjelaskan’ apa yang berlaku.

JAIS kemudian mengesahkan bahawa pihaknya sedang menjalankan proses siasatan ketika video itu diambil. Siasatan dijalankan oleh anggota penguat kuasa JAIS pada 6 Januari lalu selepas ada beberapa aduan diterima mengenai perlakuan Sajat pada tahun 2018 dan 2020.

Sajat2 2

Menurut Sinar Harian, Muhammad Sajjad dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas tuduhan berpakaian menyerupai wanita pada tahun 2018 yang lalu.

Berdasarkan sumber, usahawan berusia 36 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii. Muhammad Sajjad didakwa atas pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya yang merupakan seorang lelaki, berpakaian seperti wanita.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam sebuah majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Menurut Harian Metro, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Atras Mohd Zain. Muhammad Sajjad kemudian dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dan mahkamah juga menetapkan 23 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Sajat1 1

Baca: “Adakah aku seorang kafir?” – Dakwa Kononnya Dikasari Pegawai JAIS, Sajat Akhirnya Mengaku Bedah Tukar Jantina

Ft Sajat

Sumber: Blog