Sekarang ni, memang banyak kemudahan yang digunakan pihak berkuasa untuk menyelesaikan sesuatu jenayah. Yang menariknya, haiwan seperti anjing K-9 pun turut berkhidmat dalam unit polis dengan kelebihannya yang tak ada pada manusia biasa.
Tapi, bukan anjing je yang boleh jadi polis, kucing pun sama! Sudah tentu, ramai orang dekat Malaysia ni masih tak tahu tentang kewujudan ‘polis kucing’ ni. Jadi, sebab itulah min ada untuk ceritakan pada korang lima fakta pasal kucing tersebut.
1. Pernah popular di United Kingdom
Di Malaysia, kita memang jarang nampak kucing berkhidmat dalam sesuatu kes polis itu. Namun, haiwan ni pernah menjadi popular dan digunakan secara meluas dalam balai-balai polis di United Kingdom.
Disebalik kecomelannya, tugas utamanya adalah untuk mengawal populasi tikus di balai polis tersebut. Akan tetapi, khidmat mereka itu dah tak digunakan lagi apabila ia diganti dengan teknologi kawalan perosak yang canggih masa kini.
Walaupun begitu, sesetengah balai polis di kawasan luar bandar masih menggunakan khidmat mereka. Selain tu, beberapa balai polis di Scotland dan Tokyo juga masih mengekalkan tugas kucing ni.
Artikel berkaitan: Polis Tutup Pusat Sembelihan Kucing, 197 Si Bulus Berjaya Diselamatkan
2. Kerja polis kucing
Mesti ramai tertanya-tanya apa kerja sebenar polis kucing ni? Untuk pengetahuan korang, setelah tugas utamanya digantikan, kini kucing-kucing tersebut menggalas tugas yang penting iaitu melegakan stress dan memberikan sokongan emosi kepada pegawai yang sibuk bekerja.
Hal ini memang tak dapat dinafikan kerana kucing terbukti dapat mengurangkan anxiety dan menenangkan orang ramai. Dorang juga dapat bertindak sebagai haiwan terapi bagi sesiapa yang mempunyai trauma atau masalah mental.
3. Unit khas kucing
Seperti anjing, kucing pun ada unitnya sendiri tau iaitu Feline-9 (F-9) yang bertugas dalam pasukan khas. Kerja dorang dengan K-9 tak jauh beza di mana kucing-kucing tersebut dilatih untuk meronda, menghidu dan menghalang ancaman.
Sebabnya, kucing seperti yang kita tahu mempunyai deria bau yang tinggi iaitu lebih 40 kali ganda sensitif daripada manusia! Di samping tu, hidung dorang yang ada 200 juta reseptor bau dapat membolehkannya untuk menghidu kesan bahan-bahan letupan dan terlarang seperti dadah di lapangan terbang atau kawasan pelabuhan.
Selain tu, pendengaran dan penglihatan kucing yang power juga boleh digunakan dalam kes orang hilang. Antara negara yang ada unit F-9 ni adalah Singapura, Amerika Syarikat dan New Zealand.
Artikel berkaitan: Kongsi Pengalaman Nyaris Diculik ‘Lelaki Kucing’, Polis Cari ‘Athirah’ Untuk Bantu Kes Hilang Sharlinie
4. Polis kucing dapat banyak perhatian media
Dah tentulah, benda yang nampak unik dan comel, lagi-lagi polis kucing ni memang selalu dapat perhatian masyarakat termasuk pihak media. Nak tahu tak, ada beberapa kucing yang viral dalam berita dan mencuri perhatian orang ramai.
Sebagai contoh, Milo, seekor kucing pengesan yang bertugas dalam United States Coast Guard (USCG) dan merupakan sebahagian daripada Pasukan Kucing Pengesan Letupan (FEDT). Milo berkerja dalam ketenteraan dan polis Amerika untuk mengesan bahan letupan.
Selain tu, Pawfficer Donuts yang merupakan seekor kucing kecil telah dilantik di Jabatan Polis Troy, Amerika untuk menjadi maskot dan melaksanakan tugasnya iaitu menggembirakan pegawai polis di sana.
5. Kucing polis jarang digunakan
Walaupun kucing ni banyak kelebihannya namun, anjing dilihat lebih berguna dalam hal-hal berkaitan polis ni. Sebabnya, deria bau anjing adalah 10 kali ganda lebih kuat dari kucing.
Selain tu, kucing juga kurang efektif dalam kerja-kerja melawan atau mengejar penjenayah disebabkan badan mereka yang kecil. Tambahan lagi, kucing tidak dilatih dan kurang mendengar arahan berbanding anjing yang dianggap sebagai ‘man’s best friend‘ itu.
Biar pun begitu, kucing tetap menjadi pilihan ramai orang untuk tenangkan diri masa tengah sedih atau kecewa. Meow!