in

“Ada aku kesah?” – Kantoi Tengok Perempuan Lain, Isteri Kecoh Hempuk Kepala Suami Dengan Laptop Dalam Pesawat!

Apa Kah Pukul

Abam-abam yang sudah beristeri kat luar sana tu, jangan curang okey kalau tak mahu kejadian kat bawah ni berlaku pada korang pulak! 

Menurut The Star, seorang wanita naik angin dan hentak kepala suaminya dengan laptop ketika mereka di dalam pesawat yang ingin berlepas dari Miami ke Los Angeles pada 21 Julai lepas. Uish apa pasal tu??

 

Isteri marah suami kantoi tengok perempuan lain!

Menerusi video yang viral di Youtube, wanita tersebut nampak macam tengah naik hantu dan siap menjerit-jerit serta memaki hamun suaminya tanpa belas kasihan.

Sebelum menghentam kepala suaminya dengan laptop, wanita itu sempat memarahi lelaki tersebut dengan alasan lelaki itu ‘sedang gatal melihat wanita lain’. Oh itu pasalnya!

Wanita itu kemudian dikenalpasti dengan nama Tiffany McLemore oleh pihak polis.

Pukul 3
sumber: youtube

 

Nak tahan sebab menyerang suami sendiri? Fine, whatever! 

Meskipun beberapa orang pramugari dan staf kapal terbang dilihat cuba meredakan keadaan, Tiffany nampaknya memang jenis tak makan saman.

Bila dia diberitahu bahawa dia akan ditahan atas pertuduhan melakukan serangan di dalam kapal terbang American Airlines, wanita tu dengan relaksnya memberitahu,

Fine, whatever.” 

Fuh memang berani mati. Nah korang tengoklah sendiri videonya kat bawah.

 

Terpaksa dihalau keluar dari pesawat

Walau bagaimanapun, pihak airlines tersebut kemudian mengambil tindakan keras dengan membawa wanita terbabit keluar dari pesawat berkenaan.

Gara-gara kejadian itu, seorang pramugari dan penumpang tak pasal-pasal perlu dirawat pulak kerana laptop yang digunakan Tiffany tadi katanya melantun mengenai mereka. Ish ish ish…

Pukul 2
sumber: youtube

Macam manapun, setelah dipukul dan dimaki habis-habisan, wanita tadi kenalah bersyukur kerana suaminya tak nak buat laporan polis. Dia kemudian menempah flight baru pada hari Ahad lepas, namun flight yang di’booking’ Tiffany pula telah dibatalkan oleh pihak American Airlines.

Alahai… kot ye pun nak bergaduh turunlah dari kapal terbang dulu. 

Baca: “Perempuan kalau marah…” – Wanita Mengamuk Dengan Suami Sampai Naik Atas Bumbung Kereta Tapi Suami Yang Kena Tangkap

Wanita