“Abang macam arwah abang kami” – Kisah Remaja Terjumpa Lelaki Iras Abang Undang Sebak Netizen

Tambah ke Sumber Pilihan
Remaja

Satu perkongsian menyentuh hati tular di aplikasi Threads baru-baru ini apabila seorang lelaki dikenali sebagai Safwan Syahbudin berkongsi kisah pertemuannya dengan beberapa orang remaja yang tidak dikenalinya.

Dalam hantaran tersebut, Safwan meminta bantuan netizen untuk membantunya mencari remaja-remaja berkenaan selepas mereka secara tiba-tiba menegurnya ketika berada di sebuah kedai bundle bersama isteri dan anak-anaknya.


Menurut Safwan, sejak awal dia menyedari beberapa remaja itu asyik memandang ke arahnya.

Namun, dia tidak mengendahkan perkara tersebut sehinggalah salah seorang daripada mereka memberanikan diri menegur.

“Dah lama aku perasan diorang duk pandang-pandang, ingat ada apa. Last-last sekali sorang dari diorang tegur; Assalamualaikum bang, boleh amik gambar tak? Muka abang macam muka arwah abang kami.

“Berkaca jugak la, tapi kita muka garang takda reaksi, hahahhaha,” katanya.

627674740 1425012775948523 6801969035205592845 N E1770536433763

Artikel berkaitan: Noraniza Idris Jadikan Siti Nurhaliza Sebagai Inspirasi Untuk Turun Berat Badan

Artikel berkaitan: “Nama pun sama?” – Muka Kekasih Anak Afdlin Shauki Seiras Dengan Sofyank, Netizen Minta ‘Collab’

Perkongsian tersebut kemudian mendapat respons daripada seorang wanita dikenali sebagai Syuhaila Shakri.

Syuhaila berkata, remaja-remaja berkenaan merupakan adik-adiknya.

Menurut Syuhaila, arwah abang mereka sememangnya mempunyai wajah yang seiras dengan Safwan dan pernah menjadi rakan kepada adiknya.

627859131 1425012812615186 8570741547509737793 N
Hantaran Safwan Syahbudin di aplikasi Threads

“Hi, tu adik-adik saya. Ye, arwah memang sama muka macam awak. Terubat rindu diorang.

“Dia kawan adik saya tapi dah dianggap macam keluarga kami, sayang sangat dekat dia sebab banyak bantu family kitorang.

“Dia meninggal excident dekat IPT tahun lepas. Maaf ye bang kalau abang rasa tak selesa, tapi ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ

“Allah izinkan abang terjumpa diorang malam tu. Terubat rindu diorang yang hari-hari sedih sejak arwah pergi,” tulisnya.

Sumber: Threads Safwansyahbudin

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nur Fatin
Lagi tulisan Nur
Seorang penulis skema. Suka main Pokemon Go dan Genshin Impact pada masa senggang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Abang macam arwah abang kami” – Kisah Remaja Terjumpa Lelaki Iras Abang Undang Sebak Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/abang-macam-arwah-abang-kami-kisah-remaja-terjumpa-lelaki-iras-abang-undang-sebak-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM