in

Abang Bernafsu Binatang Liwat Adik Perempuan 7 Tahun Ketika Ibu Keluar Bekerja

Bdk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli keluarga adalah harta dunia yang tidak ternilai. Saling menjaga hubungan kekeluargaan dan tali persaudaraan sudah menjadi kepastian dalam sesebuah keluarga. Namun, abang yang diharapkan boleh menjaga dan membimbing adik-adik ini telah memilih untuk memuaskan nafsunya dengan meliwat adik perempuan kandungnya!


Bdkskolah
gambar hiasan

Menurut Sinar Harian, lelaki berusia 20 tahun tersebut melakukan perbuatan terkutuk itu di bilik air kediaman keluarganya yang bertempat di Bota Kiri, Seri Iskandar. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun itu ditinggalkan di bawah jagaan abangnya sewaktu ibu mereka keluar bekerja. Ibu minta tolong jagakan adik, tapi dia sanggup buat perbuatan terkutuk pulak!

Mohdzainal
sumber: harian metro

Perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki itu terbongkar apabila si bapa terdengar perbualan anak perempuannya menceritakan kisah tersebut kepada adiknya yang berusia 4 tahun.

Kejadian itu diketahui selepas mangsa bercerita kepada adik perempuannya yang berusia empat tahun dengan memberitahu bahawa abangnya membuka seluarnya dan memasukkan kemaluannya ke dalam dubur kanak-kanak perempuan tersebut,” kata Mohamad Zainal.

Stress
gambar hiasan

Setelah dimaklumkan oleh suaminya, ibu lelaki tersebut yang berusia 41 tahun bertindak melaporkan perbuatan terkutuk anak lelakinya itu kepada pihak polis. Lelaki itu kini ditahan reman selama seminggu mengikut siasatan kes dibawah Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. Namun begitu, adik perempuannya yang berusia 7 tahun itu masih dalam keadaan trauma dan tidak mahu bercakap selepas kejadian, lapor Utusan.

Luluh hati ibu bapa bila dengar perkara sebegini berlaku pada keluarga sendiri. Semoga mangsa pulih dari trauma secepatnya…

Baca: Dua Abang Tergamak Rogol Adik Tiri Berumur 13 Tahun 30 Kali Hingga Melahirkan Anak

Rogol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.