9 Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Proton Iswara Selepas Dihalau Penyewa Rumah

Tambah ke Sumber Pilihan
9 Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Proton Iswara Selepas Dihalau Penyewa Rumah
Sumber : Facebook

Sedang kita semua masih sibuk beraya, jangan kita lupakan akan mereka yang kurang bernasib baik dan tidak mampu menyambut Hari Raya seperti orang lain.

Baru-baru ini sebuah keluarga telah diusir dari rumah sewa di Taman Perling, Johor pada Hari Raya keempat. Sedihnya!


Mohd Sani Bachok dan isteri Norazilah Mahat mempunyai 7 orang anak berusia dari 14 bulan hingga 10 tahun.

5 6 E1499682263683
Sumber : New Straits Times

Mereka pernah diminta keluar dari rumah setelah tidak membayar sewa selama empat bulan, namun tuan rumah telah melanjutkan lagi tempoh dan memberi masa tambahan sebanyak 3 bulan lagi.

Namun, oleh kerana kesempitan wang kerana tidak bekerja sejak tahun lepas, Sani tidak dapat juga melangsaikan hutangnya itu dan terpaksa keluar dari rumah tersebut.

Mereka terpaksa berpindah ke beberapa stesen minyak, kawasan Rehat & Rawat (R&R) dan menginap di dalam kereta oleh kerana tiada tempat tinggal.

19693806 1522010387837096 105010702401746015 O
Sumber : Facebook

Walaupun Sani sebenarnya seorang OKU, dia tetap bekerja untuk mencari rezeki bagi menampung keluarganya dan baru-baru ini dia telah berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai seorang pekebun manakala isterinya pula bekerja sebagai seorang tukang cuci. 

6 6 E1499682335452
Sumber : Facebook

Tiga daripada anak-anaknya tidak dapat bersekolah sejak minggu lepas disebabkan situasi keluarganya yang hidup tidak menentu untuk mendapatkan sumber bagi menjalani rutin harian mereka.

Saya tidak mengharapkan simpati daripada orang ramai. Saya tidak mampu untuk membantu keluarga saya terutamanya anak-anak saya yang selalu meminta makanan. Kadang-kadang mereka tidak makan untuk berjam-jam.”

Namun, setelah kisahnya menjadi tular di Facebook, sebuah organisasi bernama We Love Charity (WLC) JB telah menghulurkan bantuan dan berjaya mencari rumah perlindungan sementara buat keluarga tersebut.

19665624 863499797159922 7783139405649733395 N E1499682516390
Sumber : Facebook
19679188 863499780493257 6403526295126268875 O
Sumber : Facebook

Bukan itu sahaja, pihak Majlis Agama Islam Johor juga telah memberi sumbangan keperluan asas seperti tilam, dapur gas, tikar getah dan kelengkapan asas untuk keluarga Sani Bachok di rumah sewa yang baru.

19884456 728341674007658 3488691774278396768 N E1499682638528
Sumber : Facebook
19894908 728341714007654 2226376208467463396 N E1499682652806
Sumber : Facebook

Lega dengar ada juga insan yang berhati mula yang ingin membantu mereka. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan. 

Baca : Anak Kecil Terpaksa Tinggal Bawah Tangki Air Kerana Ibu Bapa Tidak Berduit dan Menagih Dadah

1 19 E1499681888745

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syahirah Izzati
Lagi tulisan Syahirah
Seorang gadis yang mampu makan dan tonton video kucing secara berterusan di luar norma manusia biasa. Kurang songeh dan berkebolehan membuat anda tersenyum sinis.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

9 Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Proton Iswara Selepas Dihalau Penyewa Rumah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/9-beranak-terpaksa-tinggal-dalam-proton-iswara-selepas-dihalau-penyewa-rumah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM