in

Nak Sihat Atau Mengejar Trend Semata-Mata? Penggemar Kopi, Ini 8 Manfaat Kopi Terhadap Kesihatan!

Manfaat Kopi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kopi – satu minuman yang dapat memberikan tenaga pada waktu pagi. Bagi peminum kopi tegar, pagi tanpa kopi boleh merosakkan mood. Tetapi, pernahkah anda rasa takut atau ragu-ragu dengan pengambilan kopi harian? Sebenarnya, ada banyak manfaat kopi terhadap kesihatan. Namun, ia perlulah diambil dengan betul!


Kalau anda sekadar minum kopi untuk mengejar trend, ketahuilah bahawa kopi yang manis dan mengandungi pelbagai bahan tambahan lebih banyak membawa mudarat berbanding kebaikan.

Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan manfaat kopi dan cara untuk jadikannya lebih ‘kick’ supaya anda lebih enjoy dengan secawan kopi dalam tangan di samping memperoleh manfaatnya dari segi kesihatan. Jom baca!

8 manfaat kopi terhadap kesihatan

Tidak dinafikan, kopi mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Walau bagaimanapun, kenyataan ini hanya benar sekiranya anda minum kopi O, dan bukannya kopi susu yang dicampur gula atau susu pekat.

Antara manfaat kopi yang terbukti secara saintifik ialah:

1. Anda boleh hidup lebih lama

Manfaat Kopi

Peminum kopi selalunya panjang umur! Kajian menunjukkan, kopi dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung koronari, strok, diabetes dan penyakit buah pinggang.

2. Badan kita dapat memproses gula dengan lebih baik

Sebab itulah, peminum kopi kurang berisiko menghidap diabetes jenis 2!

3. Kurang berisiko menghidap kegagalan jantung

Kegagalan jantung merupakan satu kondisi yang menyebabkan jantung sukar untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ia juga dikenali dengan nama kegagalan jantung kongestif.

Minum 1-2 cawan kopi mungkin dapat mengurangkan risiko kegagalan jantung.

4. Mengurangkan kebarangkalian penyakit Parkinson

Penyakit Parkinson merupakan satu kondisi yang menyebabkan pergerakan secara tiba-tiba atau di luar kawalan.

Penghidap penyakit ini sukar untuk menyeimbangkan badan, kerap menggigil dan tidak boleh menggerakkan bahagian badan tertentu.

Lama-kelamaan, penghidap Parkinson mungkin akan mengalami kesukaran untuk berjalan dan bercakap.

Kafein bukan sahaja dapat mengurangkan risiko Parkinson, ia juga dapat membantu penghidap penyakit ini mengawal kondisi mereka dengan lebih baik.

5. Manfaat kopi pada hati

Manfaat Kopi

Kedua-dua jenis kopi sama ada regular atau decaf dapat melindungi hati anda.

Kajian menunjukkan, peminum kopi mempunyai tahap enzim dalam julat yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak minum kopi.

6. DNA makin kuat

Kopi dapat mengurangkan kemusnahan DNA dalam badan.

DNA kita akan terlerai dengan sedirinya atas beberapa faktor, namun ia boleh menyebabkan kanser sekiranya badan kita tidak dapat membaiki sel tersebut dengan pantas.

7. Risiko kanser kolon akan berkurang

Peminum kopi didapati 26% kurang berisiko untuk menghidap kanser kolorektal!

8. Dapat mengurangkan kebarangkalian menghidap penyakit Alzheimer

Hampir 2/3 penghidap Alzheimer adalah wanita. Namun, kandungan kafein dalam kopi mungkin dapat melindungi anda daripada penyakit ini.

Malah, kajian mendapati, wanita berusia 65 ke atas yang minum 2-3 cawan kopi setiap hari kurang berisiko menghidap Alzheimer!

Berapa cawan kopi selamat untuk diminum?

Manfaat Kopi

Semua perkara perlulah dilakukan secara bersederhana, termasuklah makan dan minum. Walaupun ada banyak manfaat kopi terhadap kesihatan, pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan anda ‘tidak senang duduk’ dan rasa gelisah.

Selain itu, pengambilan kopi yang berlebihan juga boleh menyebabkan:

  1. Peningkatan degupan jantung.
  2. Tekanan darah semakin tinggi.
  3. Kegelisahan atau anxiety.
  4. Sukar tidur malam.

Jadi, berapa banyak kopi selamat untuk diminum?

Menurut Dietary Guidelines for Americans, kita boleh minum kopi sebanyak 3-5 cawan sehari dengan maksimum 400 mg kafein.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda sedang hamil atau menyusukan anak, jangan minum kopi terlalu banyak.

Sama jugalah jika anda sering rasa gelisah selepas minum kopi. Jangan minum secara berlebihan. Bukan semua orang dapat menahan kesan sampingan daripada secawan kopi.

Jangan lupa, apa yang anda tambah di dalam kopi juga boleh membuatkan manfaatnya berkurang atau bertambah.

Elakkan minum kopi dengan gula dan susu pekat. Kalau boleh, tambah perisa dengan campuran rempah. Jika anda inginkan kopi dengan lebih ‘kick’, anda boleh cuba tambah bahan dibawah:

  • Ekstrak vanila
  • Serbuk buah pala
  • Serbuk kayu manis
  • Serbuk koko

Apa-apapun, kepada peminum kopi di luar sana, jangan takut untuk minum kopi untuk mendapatkan manfaat dari segi kesihatan. Jangan lupa, kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman!

Sumber: Hopkins Medicine

Baca: Kajian Dapati Jangka Hayat Manusia Lebih Panjang Jika Minum 3 Cawan Kopi Sehari

Manfaat Kopi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.