in

“Islam pun ada sebut” – Kajian Dapati Tidur Posisi Ini Boleh Sebabkan Penyakit Neurodegeneratif

Posisi Tidur Yang Salah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahukah korang, sebenarnya posisi tidur kita ada peranan dan berkait rapat dengan otak? 


Sebuah kajian telah dijalankan baru-baru ini oleh The Conversation dan mendapati cara atau posisi tidur seseorang lebih-lebih lagi tidur secara meniarap atau menelentang boleh menyebabkan terkena penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer, ALS dan Parkinson.

Selain itu, kajian tersebut membuktikan bahawa pelepasan glymphatic adalah pada tahap paling efisyen ketika waktu tidur mengiring. Namun begitu, belum ada ujikaji menyeluruh atau alasan yang munasabah dari sudut perubatan akan kejadian semulajadi ini.

Bayangkan sistem glymphatic ini sebagai laluan pelepasan sisa yang bergantung kepada glial dalam otak untuk mengalirkan protein toksik dan produk metabolik.

Hello Doktor

Jadi, apa yang berlaku ialah proses ini biasanya ‘dimatikan’ semasa kita terjaga tetapi ia akan bermula semasa tidur untuk mengedarkan sebatian penting untuk fungsi otak selain untuk menyingkirkan sisa toksik.

Sekiranya posisi tidur kita salah, pastinya hal ini tidak dapat berlaku dan menurut kajian yang dijalankan oleh jurnal sains, The Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS) ini, sekiranya seseorang individu tidak tidur untuk satu malam, maka ia akan meningkatkan tahap protein bertoksik di dalam otak.

Pexels Cottonbro 6940872

Sekiranya ini berlaku secara berterusan, sesorang berkemungkinan untuk mendapat ALS atau Amyotrophic lateral sclerosis yang turut dikenali sebagai Penyakit Lou Gehrig. Ianya merupakan penyakit yang disebabkan neuron motor yang umum dan penghidap akan kehilangan upaya untuk mengawal pergerakan otot selain hilang keupayaan untuk bercakap, menelan mahupun bernafas.

Selain daripada menjalani terapi, salah satu cara untuk mengatasi penyakit yang belum ditemui kaedah rawatannya ini ialah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi selain memfokuskan kajian tentang fungsi pembuangan toksik dalam otak melalui sistem glymphatic tadi.

Stephen Hawking
Mendiang stephen hawking merupakan salah seorang penghidap als

Menurut The Daily Digest, fungsi glymphatic ini boleh ditingkatkan bagi menghindar penyakit neurodegeneratif ini. Caranya ialah dengan memastikan individu mendapat tidur yang cukup dan berkualiti selain daripada elak dari tidur dengan posisi meniarap atau terlentang.

Bukan sahaja dari sudut Sains, malah tidur secara mengiring dan menghadap ke sebelah kanan ini juga merupakan amalan sunnah selain mempunyai pelbagai manfaat dari segi kesihatan dan juga perubatan.

Antaranya ialah; mengurangkan tekanan pada jantung, merehatkan otak kiri, merehatkan organ esophagus, mempercepatkan sistem pencernaan, melindungi paru-paru serta merehatkan kaki kiri.

Baca: “Asal dari chicken pox” – Sindrom Ramsay Hunt, Ini Punca, Gejala & Rawatan Korang Kena Tahu

Page Justin New

Sumber: Hello Doktor
Sumber: AMI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.