in

Kajian Dapati Jangka Hayat Manusia Lebih Panjang Jika Minum 3 Cawan Kopi Sehari

Minum Kopi Panjang Umur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minum dua hingga tiga cawan kopi sehari dikatakan dapat memanjangkan jangka hayat seseorang dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang tidak meminum kopi.


Perkara tersebut didedahkan melalui kajian yang telah dilakukan oleh Persatuan Kardiologi Eropah dan hasil kajian tersebut telah diterbitkan dalam jurnal kesihatan Eropah melibatkan 3 jenis kopi iaitu kopi yang dikisar, kopi segera dan juga rangkaian kopi tanpa kafein (decaffeinated).

Untuk tujuan tersebut, para pengkaji telah menganalisis data daripada 450,000 orang di UK Biobank dan mereka ini telah mengambil bahagian dalam kajian tersebut selama 12.5 tahun.

Zwac189Ga1

Hasil kajian mendapati mereka yang meminum kopi yang dikisar ini 27% kurang berkemungkinan mati pada awal usia berbanding mereka yang tidak meminum kopi. Selain itu, kajian yang sama turut mendapati peminum kopi segera dan tanpa kafein pula mempunyai 11% dan 14% akan mempunyai hayat yang lebih panjang.

Lebih menarik, kajian turut mendedahkan bahawa mereka yang meminum dua hingga tiga cawan kopi sehari (tak kira jenis) juga lebih kurang berisiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular.

Selain itu, mereka yang meminum kopi tanpa kafein pula didapati kurang berisiko untuk mempunyai degupan jantung yang tidak teratur.

“Penemuan kami menunjukkan bahawa meminum semua jenis kopi dalam kuantiti yang sederhana tidak boleh digalakkan tetapi boleh dinikmati sebagai tingkah laku yang menyihatkan jantung” – Peter Kistler, Institut Penyelidikan Jantung dan Diabetes Baker di Australia

Screenshot 1 2

Difahamkan, ini bukanlah satu-satunya kajian yang membuktikan kebaikan dan khasiat meminum kopi. Tahun lalu, satu kajian yang dijalankan di Itali terhadap mereka yang meminum dua hingga tiga cawan espresso mengurangkan risiko kematian dan mempunyai jangka hayat lebih 8 tahun berbanding mereka yang tidak meminum kopi.

Faedah kesihatan dikatakan mungkin kekal walaupun ada penambahan sedikit gula pada kopi. Ini disokong oleh kajian terhadap 171,000 orang penduduk UK yang minum kopi  yang sedikit manis adalah  31% lebih kecil kemungkinannya untuk mati berbanding rakan sebaya mereka yang tidak meminum kopi.

Pun begitu, penyelidikan serta kajian mengenai kopi ini masih dalam percubaan klinikal, di mana penyelidik boleh memantau dan mengawal persekitaran peserta dengan teliti, terhad kepada kajian lama dan sampel kecil.

Baca : Hasil Tanaman Kopi Merosot, Pencinta Kopi Akan ‘Kopak’ Selepas Ini Sebab…

Kopi Mahal

Sumber: ESC
Sumber: ESC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.