in

75% Rakyat Malaysia Tiada Simpanan RM1,000, Susah Ke Nak Simpan Duit?

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan bahawa 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,000.


Walhal, sebenarnya amatlah disarankan untuk menyimpan sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada jumlah gaji sebagai tabung kecemasan. Untuk memudahkan pemahaman, jika gaji anda adalah RM1,000, pastikan akaun simpanan kecemasan anda berjumlah RM3,000.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan buat kita semua, dengan kadar gaji yang rendah dan harga barangan semakin meningkat, statistik ini sudah cukup untuk menggambarkan situasi yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Adakah rakyat Malaysia tidak suka menyimpan?

Agak sukar untuk kita salahkan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia, rata-rata daripada kita masih lagi mendapat gaji yang rendah dan tidak berpatutan dengan skop kerja yang diberikan.

Gaji Dah Masuk Kenapa Habis Cepat

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Inilah pepatah yang sesuai untuk digambarkan tentang keadaan penduduk di negara ini. Gaji yang diterima selalunya akan habis atau tinggal cukup-cukup makan selepas digunakan untuk membayar untuk bil atau membeli barang dapur.

Reaksi Netizen

Statistik ini turut mendapat reaksi negatif rakyat Malaysia yang kebanyakannya kurang bersetuju dengan apa yang dinyatakan.

“Gaji 1k-1.5k lepastu nak simpan 1k?”

1 27

“Dapat survive until next gaji pun kira lucky”

2 20

“Siapa suruh miskin?”

3 15

“Kalau dah rasa baru boleh sembang”

4 10

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Sumber: Sinar Harian

BACA: Dibuang Kerja Sebab COVID-19? 1,000 Lot Niaga Bakal Diberi Kepada Golongan Muda

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.