in

“Saya buat suka-suka” – Ariff Bahran Tak Kisah Dikecam Gara-Gara Simpan Duit Dalam Peti Sejuk

Ft Ariff Bahran Jawab Duit Dalam Peti Ais

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan memuat naik sebuah video di TikTok seolah-olah show off duit yang banyak disimpan dalam peti sejuk, penyanyi Ariff Bahran telah menerima pelbagai kecaman dan kritikan dari netizen.


Oleh itu, Ariff memberitahu, dia tidak terasa hati dengan segala kecaman dan komen negatif itu kerana jika dia terasa bermakna dia tidak faham bagaimana media sosial berfungsi.

Menurut Ariff, video yang dikongsikan itu hanya sekadar konten malah sudah menjelaskan kepada pengikutnya tentang tujuan dan sumber wang yang disimpan dalam peti sejuk.

Screenshot 5

“Apa saya buat ini sekadar suka-suka sahaja malah sudah menjelaskan kepada pengikut, saya simpan duit dalam akaun saya di bank tetapi ada komitmen yang saya perlu bayar secara tunai,” katanya.

Disebabkan sudah lama tidak berkecimpung dalam industri seni, Ariff tidak tidak menyangka video peribadinya itu meraih jumlah tontonan yang tinggi memandangkan posting mengenai kariernya dipandang sepi.

Screenshot 6

“Saya tak sangka video itu menjadi viral. Saya kongsi mengenai lagu-lagu saya kurang dapat perhatian tapi bila mengenai hal peribadi ramai pula yang ingin ambil tahu.”

“Untuk konten yang bodoh ramai pula yang beri saya tontonan,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Ariff menjelaskan bahawa sedikit kesenangan yang diperolehnya tidak pernah membuatkan dia lupa diri sebaliknya banyak membantu netizen yang meminta bantuannya di media sosial.

Tambah Ariff, dia faham situasi yang dilalui golongan yang memerlukan telah membuatkan dia tidak teragak-agak membantu meringankan beban mereka.

Sumber : mStar

Baca : “Takbur?” – Ariff Bahran ‘Show Off’ Duit Berkepuk Dalam Peti Sejuk Undang Kecaman Netizen

Ariff Bahran Duit 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.