in

Dibuang Kerja Sebab COVID-19? 1,000 Lot Niaga Bakal Diberi Kepada Golongan Muda

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan 1,000 lot perniagaan baharu kepada golongan muda dan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.


Terang beliau, permohonan secara dalam talian akan dibuka kepada pemohon mulai 1 Julai ini dan pihaknya akan memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan dengan menyewakannya kepada warga asing.

400 kios kecil dan besar akan ditempatkan di kawasan tumpuan pelancong seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Bintang Walk, Little India dan juga sekitar Putrajaya.

2017 Bb290517Ss011 1585737818

400 lot juga akan diberikan kepada pengusaha trak makanan dan baki 200 lot lagi adalah di dalam pusat membeli belah di sekitar Kuala Lumpur.

Tambah beliau lagi, sebahagian kios sudah pun disiapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan peniaga juga boleh membina kios sendiri mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Pengumuman ini adalah peluang baik buat anda yang mahu mulakan perniagaan tetapi tidak menjumpai platform yang sesuai. Daftar cepat 1 Julai nanti!

Sumber: Bernama

 

BACA800 Gelandangan Di Ibu Negara Bakal Ditawar Pekerjaan Selepas Tamat PKP

Capture 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.