Pasti ramai antara kita yang kurang berpengetahuan tentang cara simpan duit dan menguruskan wang dengan bijak. Sudah pasti, semua orang faham dengan konsep “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”
Bagaimanapun, sekadar menyimpan wang dalam akaun simpanan semata-mata adalah SATU KESILAPAN BESAR.
Sebenarnya, wang dalam simpanan kita berpotensi untuk ‘beranak-pinak’ sekiranya kita dapat menuruskannya dengan betul.
Di sini, kami akan kongsikan 5 cara untuk menyimpan wang dengan betul agar ia dapat dimanfaatkan sebaiknya.
1# Periksa kadar faedah bank secara TERPERINCI
Kebanyakan orang akan membuka akaun simpanan di bank yang paling kita kenal, atau di bank yang yang ibu bapa kita anggap sebagai ‘yang terbaik’.
Walau bagaimanapun, kebanyakan akaun simpanan hanya menawarkan kadar faedah sebanyak 0.05% hingga 0.25% setahun. Jumlah ini juga berbeza dari bank ke bank.
Jadi sebelum membuka akaun, periksa kadar setiap bank dan jenis produk yang ditawarkan untuk mendapatkan manfaat yang terbaik.
Contohnya:
Akaun Simpanan Asas Maybank – 0.25%
Akaun Simpanan Kekayaan Tunai MBSB – 1.85%
Nampak tak, jauh bezanya tu!
2# Simpan duit dalam deposit tetap
Ramai orang mengelak daripada menyimpan dalam deposit tetap.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda menyimpan wang selama bertahun-tahun tanpa menyentuhnya, simpanan dalam deposit tetap boleh ‘beranak-pinak’ disebabkan kadar faedah yang lebih tinggi.
Kadar faedah deposit tetap berbeza dari bank ke bank.
Contohnya, ini adalah beberapa kadar standard untuk matang selama 12 bulan:
Maybank: 2.8% setahun
Public Bank: 3.1% setahun
CIMB: 3.1% setahun
3# Pelbagaikan bentuk pelaburan
Pelaburan datang dengan risiko yang berbeza, dari konservatif kepada sederhana kepada agresif.
Sebagai contoh, apabila membincangkan pelaburan konservatif, orang suka melabur dalam bon atau unit amanah yang memastikan ‘perlindungan prinsipal’ – ini bermaksud anda tidak akan kehilangan jumlah yang anda laburkan.
Pelaburan berisiko tinggi pula melibatkan forex, pembelian saham, dan unit amanah yang lebih berisiko yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi. T
Tetapi, dengan jangkaan pulangan yang tinggi, terdapat kemungkinan kehilangan banyak wang juga (high risk = high reward).
Jadi, pilihlah pelaburan yang anda paling yakin dan selesa.
Artikel berkaitan: Wang Simpanan RM3.83 Juta Tinggal RM79.59, Warga Emas Jadi Mangsa Phone Scam
Artikel berkaitan: Bosan Duduk Rumah? Ini 15 Movie Berkaitan Virus Yang Korang Wajib Tonton!
4# Simpan duit dalam mata wang yang lebih stabil
Tidak dapat dinafikan, mata wang Malaysia tidak stabil seperti mata wang yang lain.
Jadi, jika anda mempunyai simpanan tambahan, anda boleh membeli mata wang USD, SGD, atau EUR untuk disimpan.
Mata wang-mata wang ini dianggap ‘stabil’ dan dijangka akan terus meningkat nilainya dalam tempoh masa yang panjang.
5# Kurangkan berbelanja dan terus menyimpan
Nampak mudah bukan? Tetapi ia sukar untuk dipraktikkan. Ramai yang sering lupa mengenai hal ini. Apabila gaji naik, ramai yang ingin tukar kereta baru atau beli rumah kerana sudah mampu.
Sebenarnya, semua ini adalah perangkap!
Bandingkan harga rumah yang anda beli dengan harga sewa. Jika harga sewa lebih murah, jangan terikat dengan pembayaran ansuran pinjaman sehingga anda stabil dari segi kewangan.
Contohnya:
Apabila membeli rumah RM500,000, pembayaran balik
dengan kadar faedah semasa 4.25%
selama 35 tahun
= RM2,290 sebulan.
Tetapi, jika anda terus menyewa, sudah pasti perbelanjaannya tidaklah sebesar itu!