in

7 Perbezaan Penang Dahulu Dengan Sekarang Yang Confirm Korang Rindu

Penang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangpa orang Penang? Apa perkara yang hangpa paling rindu tentang Penang? Antaranya mestilah makanan yang sedap-sedap macam Nasi Kandaq, Char Kuey Teow dan Laksa Penang. Penang jugak sebenarnya sangat terkenal sebagai pusat pelancongan tau. Ada banyak tempat peranginan, muzium dan aktiviti yang hangpa boleh buat kat Penang. Senang cerita semua adalah di sini.


Tapi semenjak Pulau Pinang semakin pesat membangun kebelakangan ni, ada beberapa perkara yang dulu sangat terkenal dan wujud di Penang dah perlahan-lahan hilang. Untuk mengembalikan semula nostalgia anda di negeri ini, kami senaraikan tujuh perbezaan Penang dahulu dan sekarang yang confirm korang rindu. 

 

1. KOMTAR hidup segan mati tak mahu

Komtar Pacific
sumber: make my trip

Bagi mereka yang hidup zaman 90-an di Penang, mesti hangpa dulu selalu lepak dekat KOMTAR kan? KOMTAR ni dulu boleh dikatakan sebagai tempat membeli-belah yang hebat selain Chowrasta Market untuk ibu-ibu membeli pakaian Hari Raya buat anak-anak. Setiap kali ada musim perayaan je, mesti KOMTAR penuh dengan orang ramai nak beli barang persiapan tau.

Lebih menarik lagi, bagi yang tak tahu, KOMTAR ni antara bangunan ke-7 tertinggi di Malaysia dulu. Tapi sekarang, KOMTAR dah tak macam dulu dan berjaya dikalahkan shopping mall macam Gurney Plaza dan Queensbay Mall yang baru dibina. KOMTAR sekarang lebih kepada tempat lawatan sebab ada Muzium Tongkat Ali, permainan maze dan teater 7D.

 

2. Dah tak ramai naik beca

12255756084 58E2B6456F B
sumber: flickr

Salah satu tarikan menarik di Penang ialah menaiki beca dan pusing-pusing sekitar Gurney Drive sambil menikmati angin laut yang menyamankan. Namun semenjak zaman dah berubah ni, orang muda pun dah tak nak naik beca dah sebab panas dan lambat perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.

Orang sekarang lebih prefer naik Grab, Uber ataupun teksi nak ke mana-mana. Tambahan pula orang Penang sekarang kebanyakannya dah ada kereta. Jadi tak perlulah bersusah payah naik beca lagi kan? Beca hanya untuk pelancong oversea yang datang ke Penang je.

 

3. Jalan kerap jammed di hari minggu

Penang Bridge Close 22 August
sumber: blog

Dulu ada pepatah yang mengatakan “If you can survive driving in Penang, you can survive driving anywhere.” Sebenarnya bukan mudah tau nak memandu di Pulau Pinang ni. Antara sebabnya ialah kerana terlalu banyak signboard, pemandu kat Penang pun boleh tahan kiasu dan terdapat terlalu banyak kereta atas jalan. Aduhai! 

Kenderaan bermotor juga dikatakan mengalami peningkatan sebanyak 120% terutamanya kereta persendirian di Penang dalam tempoh 10 tahun, lapor Malaysian Times. Wow banyak tu! Lebih merumitkan, kebanyakan jalan di Penang pun dah diubah menjadi jalan satu hala atau tiga lane oleh pihak berkuasa di Pulau Pinang. Bagi mereka yang dah lama tak pergi Penang, kena hati-hati di jalan raya takut tersesat pulak.

 

4. Batu Feringghi tercemar

20170321 Cw04 Wt Journal Penang 0373 Hdr 1
sumber wt journal

Bagi pelancong yang baru berkunjung ke Pulau Pinang, tak sahlah kalau hangpa semua tak pergi mandi-manda di Batu Feringghi. Pantai ni memang menarik untuk dilawati sama ada pada waktu siang mahupun malam. Tetapi setelah sekian lama berlalu, pantai yang putih bersih ini telah tercemar dengan sampah sarap yang banyak. Pada tahun 2014, Batu Feringghi pernah ditutup kerana kononnya tercemar virus e-coli. Alamak!

 

5. Restoran famous terlalu ramai dengan pelancong

Penang ni boleh dikatakan sebagai syurga kepada segala jenis makanan yang sedap-sedap. Nak makan Nasi Kandaq Beratuq? Nak makan pasembor best in town? Semua ada di Penang. Hangpa semua tak perlu risaulah kalau duduk kat Penang ni. Gerenti tak berlapaq punya.

Tapi disebabkan restoran-restoran terkenal ni dah viral di media sosial, orang Penang sendiri kadang-kadang rasa rimas sebab gerai kegemaran mereka asyik penuh dengan pelancong bila hujung minggu atau musim cuti.

3097
sumber: blog

Tapi kalau korang tanya orang Penang, sama ada dorang pergi ke Nasi Kandar Line Clear atau beberapa nama kedai yang famous di kalangan pelancong, mesti dorang akan jawab tak. Sebabnya orang Penang dah selalu sangat makan dekat situ dan dorang lagi tahu tempat mana yang best makan dari tempat yang korang selalu pergi tu. Haa risik-risiklah member Penang korang!  

 

6. Bas kuning tinggal kenangan

25A1
sumber: blog

Siapa hidup zaman 70 atau 80-an mesti pernah naik bas kuning ni kan? Bas Lean Hock atau lebih dikenali sebagai Penang Yellow Bus adalah antara syarikat bas yang paling lama beroperasi di Pulau Pinang semenjak tahun 1946 hingga tahun 2004. Dah 58 tahun tu!  Namun kini perkhidmatan bas di Penang telah digantikan Rapid Penang yang lebih efisen dan merangkumi banyak laluan di pulau tersebut. Selain daripada Rapid, bas Hop-on Hop-off atau HOHO pun ada menyediakan perkhidmatan mereka. Ala-ala HOHO di KL tu…

 

7. Panggung Odeon berwajah baru

Butterkicap Kafe Odeon
sumber: butter kicap

Sebelum mencul syarikat panggung wayang besar seperti GSC atau TGV di mall dekat Penang, orang Penang zaman 70 ke 80-an tonton filem Melayu, Hindustan dan Hollywood di panggung wayang Odeon dekat Penang Road. Namun selepas panggung moden muncul, syarikat pawagam ni gulung tikar dan tak lagi tayangkan filem macam dulu.

Panggung tersebut kini telah dijadikan Odeon Trick Art Cafe & Restaurant dan keadaan usangnya telah dibaik pulih untuk menarik pelancong tempatan serta luar negara untuk mengunjunginya. Sekurang-kurangnya tak adalah tempat bersejarah macam ni dimusnahkan macam tu je kan.

Ah rinduuunya dengan Penang kan? Jom ke utara hujung minggu ni! Penang sekarang ada banyak tempat pelancongan yang korang boleh lawati tau. Lebih 40 muzium interaktif dengan tarikan tersendiri ada di Penang kini! 

Baca: 11 Perkara Korang Confirm Rindu Bila Teringatkan Zaman Sekolah 

Page 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.