in

7 Nasi Lemak Power Di Lembah Klang Yang Anda Kena Rasa

Nasi Lemak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasi lemak, makanan kegemaran rakyat Malaysia. Disukai semua dari pelbagai peringkat umur, tak kira kaum. Melayu, Cina, India, warga asing pun suka okay! March lalu, nasi lemak diiktiraf salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang paling sihat oleh majalah TIME.


Kalau tiba-tiba teringin nak makan, terlalu banyak nasi lemak dijual di merata tempat. Jom, kali ini kami kongsikan dengan anda, 7 Nasi Lemak Power Di Kuala Lumpur!

*Nasi Lemak Village Park tiada dalam senarai sebab semua dah tahu kan!

Check it out!  

 

1. Nasi Lemak Famous

Kredit: Venoth
kredit: venoth

Nama pun dan famous, memang sesuai sangat lah kan! Terletak di Jalan Telawi, gerai ini dibuka sehingga awal pagi dan pelbagai lauk boleh dipilih selain ayam goreng. Walaupun gerai ini terletak di Bangsar, tetapi harganya yang murah menyebabkan ramai yang datang.

Lokasi: Bangsar Selera, Jalan Telawi 1, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari / 5PM – 5AM

Kredit: Venoth
kredit: venoth
Kredit: Venoth
kredit: venoth

 

2. Nasi Lemak Tanglin

Kredit: Malay Mail
kredit: malay mail

Menurut pemilik, bisnes ini bermula sejak tahun 1948 dan kini selepas tiga generasi ia masih menjadi pilihan ramai. Legend betul ni! Orang ramai mula datang seawal 7.30 pagi dan jangan tak percaya, sehingga jam 10 pagi pun, orang ramai masih beratur panjang untuk dapatkan nasi lemak ini. Dahsyat betul penangan! Kalau korang belum kena penangan Nasi Lemak Tanglin ni, pergi lah cuba! Jangan risau, weekend dan cuti am pun korang boleh beli sebab kedai dibuka sehingga 12PM

Lokasi: 6, Kompleks Makan Tanglin, Jalan Cendarasi, 50480 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat / 7AM – 12PM, 4.30PM – 9.30PM; Sabtu, Ahad dan Cuti Am / 7AM – 12PM

Kredit: Hungrygowhere
kredit: hungrygowhere
Kredit: Timeout
kredit: timeout

 

3. Nasi Lemak Bumbung (Sea Park)

Kredit: Friedchillies
kredit: friedchillies

Walaupun terletak di laluan belakang deretan kedai, kebersihan di sini masih terjaga. Sambal di sini sedikit manis dan sesuai untuk korang yang tak makan pedas sangat tu! Selain nasi lemak, mee goreng (Indo Mee) di sini pun menjadi pilihan pelanggan. Sepinggan nasi lemak bersama telur mata dan ayam goreng di sini dijual dengan harga RM5 je!

Lokasi : Jalan 21/11B, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Khamis / 5.30PM – 4AM; Sabtu dan Ahad / 5.30PM – 12AM

Kredit: Poskod.my
kredit: poskod. My

Sea3

 

4. Nasi Lemak Warisan Opah

Opah

Dibuka sejak 1960, ini juga antara nasi lemak pilihan ramai lebih-lebih lagi di waktu malam. Beroperasi dari petang sehingga 4 pagi, nasi lemak ini dibungkus panas-panas dan pelbagai jenis lauk boleh dipilih. Walaupun saiznya agak kecil, tapi berbaloi lah dengan harga RM1 sebungkus. Confirm tak cukup satu!

Lokasi: 2 Jalan USJ 9/5, USJ 9, 47620 Petaling Jaya,Selangor 

Waktu operasi: Setiap hari / 4:30PM – 04:00AM

Kredit: Hungrygowhere
kredit: hungrygowhere

Opah4

 

5. Nasi Lemak Wanjor

Kredit: Friedchillies
kredit: friedchillies

Sudah dibuka sejak 40 tahun yang lalu, sambal Wanjo lebih pekat daripada yang korang mungkin selalu jumpa. Nasi lemak di sini lembut dan ‘ceroi’ dan yang best  nya telur rebus dapat sebiji tau dekat Wanjo ni! Walaupun kena beratur panjang, jangan risau servis dekat sini cepat!

Lokasi: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu / 6.30AM – 12PM & 4PM – 1AM

Kredit: Friedchillies
kredit: friedchillies

Wanjo3

 

6. RA Nasi Lemak

Ra1Uniknya di sini, nasi lemak diletak di dalam bekas kayu dan pelbagai lauk-pauk kampung boleh dipilih seperti gulai lemak pisang dan sambal tempe ikan bilis. Terletak berdekatan dengan LRT Dang Wangi, korang boleh datang pukul 4PM kalau tak suka kesesakan di waktu pagi.

Lokasi: 15, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat / 6.30AM – 4PM; Sabtu dan Ahad / 6.30AM – 12PM

Ra-Nasi-Lemak2
Kredit: www.vkeong.com

Ra-Nasi-Lemak
Kredit: migrationology.com

 

7. Nasi Lemak Jalan 223

Pj

Walaupun terletak di kawasan perindustrian, tempat ini dipenuhi ramai  orang setiap malam. Dua nasi lemak berbeza dijual panas-panas pasti buat anda terliur. Mereka membezakan nasi lemak mengikut warna cop yang digunakan iaitu biru dan merah. Kalau tengah malam tiba-tiba teringin, boleh lah ke sini. Satu bungkus RM1.50 je!

Lokasi: Selera Jaya 223, Jalan 51A/223, 46100 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam

Pj1

Pj4

 

Amacam? Ada yang dah terliur ke? Pergi la cuba baru tahu power tak power! (Y)

James Franco Yum Delicious So Good Spider Man 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.