in

7 Mee Celup Terbaik di Sekitar Lembah Klang

Mee Celup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah makan mee celup tak? Orang Kelantan mesti tau. Mee celup memang popular di Kelantan dan juga di Siam tetapi makin diminati orang di KL jugak. Sedap kan, mesti lah suka!


Bagi yang tak tau, mee celup ni, merupakan gabungan mee halus dengan kuah sup dan dalam tu ada pulak bahan macam bebola daging, bebola ikan atau perut lembu sebagai penambah kesedapan. Oleh itu, kami senaraikan 7 mee celup terbaik sekitar Lembah Klang.

 

1. Pokli Mee Celup & Coconut Shake, Batu Caves

Orang Gombak sure kenal tempat ni. Terletak dekat Taman Industri Dolomite, Pokli Mee Celup memang sedap wehh! Cukup rasa dan puas makan, patutlah dapat rating 5.5 kat Facebook. Tinggi tuu! Diorang pun tak lokek isi tau, banyak daging yang dia letak. Lepas dah makan ni, bolehlah pekena coconut shake dia jugak.

Mc1
sumber: facebook
Mc2
sumber: facebook

Alamat: Taman Industri Dolomite, 68100 Batu Caves, Selangor
No. Telefon: 012-2027978

 

2. Kafe Eat & Repeat, Shah Alam

Yang ni, student UiTM confirm pernah pergi sini. Kafe ni terletak dekat area Seksyen 7 dekat Shah Alam berhadapan dengan Nasi Lemak Cinta Sayang. Kafe ni jugak diberi nama gelaran Boat Noodle Malaysian Style dengan macam-macam pilihan nasi dan mee termasuklah mee celup pada harga yang sangat murah.

Mc4
sumber: instagram
Mc3
sumber: facebook

Alamat: YG24, Jalan Plumbum Y7/Y, Puaat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 018-919 6037

 

3. Alieana Mee Celup, Padang Jawa

Kedai mee celup yang sedap ni ada dekat Kampong Padang Jawa. Memang tak rugi makan kat sini. Sedap sampai boleh hirup kuah hingga ke titisan yang terakhir! Dalam mee celup korang tu, korang boleh expect akan ada isi daging yang banyak. Sangat berbaloi dan memang puaslah makan mee celup kat sini!

Mc5
sumber: facebook
Mc6
sumber: facebook

Alamat: Pt 1A Jln Tegas Kampong Padang Jawa, Selangor, Malaysia 41300
No. Telefon: 019-2354000

 

4. MZ Cafe, Bangi

MZ Cafe ni ada macam-macam makanan dalam menu dia dan semuanya sedap-sedap belaka. Kalau cari mee celup, sini ada jual. Rasa dia, umphhhh! Oh ye, siapa yang duduk area sini lagilah masyuk sebab MZ Cafe buat perkhidmatan hantar terus ke rumah. Jimat minyak! So, apa-apa nanti korang boleh call diorang untuk hantar mee celup tu ye.

Mc7
sumber: facebook
Mc8
sumber: facebook

Alamat: Lot 5057, Jalan Utama, Kg Dato Abu Bakar Baginda, Bangi, Malaysia
No. Telefon: 016-9950590

 

5. Suraya Seafood, Kampung Baru

Suraya Seafood di Kampung Baru ni dapat rating tinggi tau, dekat Trip Advisor banyak pulak orang puji sebab makanan dia sedap. Walaupun banyaaakkkkk lagi makanan lain dalam menu diorang ni, paling banyak orang order kat sini adalah mee celup, dengan segala jenis mee dan lauk yang korang boleh pilih.

Mc9
sumber: blog
Mc12
sumber: blog

Alamat: Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 011-28252525

 

6. Pak Chu Tomyam, Keramat

Kedai makan dekat Pak Chu Tomyam ni terletak depan Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat. Kalau baca review, ramai yang akan recommend mee celup sini. Sahlah sedap kan kalau macam tu! Oh ye, servis dekat sini pun dipuji tau, portion makanan pun banyak, jadi lamalah sikit kenyang tu.

Mc13
sumber: blog
Mc16
sumber: instagram

Alamat: Berhampiran Masjid, Al Akram, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

7. Restoran Sri TTDI Jaya

Restoran ni senang je nak cari sebab ada dekat corner lot deretan rumah kedai. Kedai ni memang selalu penuh, yelah macam-macam lauk yang dia jual dekat sini dan paling penting, mee celup dia sedapppp! Masa order korang boleh pilih nak letak ayam ke, daging ke atau nak perut pastu mee pun korang boleh pilih nak apa. Syok kan?

Mc14O
sumber: blog
Mc15O
sumber: blog

Alamat: A-1 Jalan Saujana Indah 4, U2 40150 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 019-7524406

Ok guys, dah terliur dah ni. Bolehlah lepas ni korang menuju ke kedai dalam senarai ni. Memang berbaloi dan tak menyesal makan mee celup dekat kedai-kedai ni.

Cuba jangan tak cuba!

Baca: 7 Port Ikan Bakar Keliling Malaysia Yang Korang Wajib Try!

G 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.