in

7 Helah Licik IKEA Yang Buat Anda Sanggup Berbelanja Lebih Tanpa Disedari

Cover 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya hampir semua daripada kita pernah singgah di IKEA sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. IKEA boleh diibaratkan sebagai taman tema Disneyland bagi orang dewasa; mereka datang ke sini bukan hanya untuk membeli perabot, tapi juga untuk berjalan-jalan.


IKEA juga menjadi salah satu tempat untuk pasangan bercinta meluangkan masa bersama, sambil bersembang tentang warna perabot untuk rumah mereka kelak di masa hadapan.

Di sini, banyak perkara ‘ghaib’ yang berlaku. Pernah tak anda masuk ke IKEA dengan niat untuk membeli kerusi pejabat sahaja, namun keluar dengan beberapa barangan yang lain. Mengapa boleh terjadi seperti ini?

Untuk pengetahuan anda, IKEA sebenarnya mempunyai rahsia mereka yang tersendiri untuk memastikan pelanggan yang hadir membeli barang mereka. Hampir semua perabot dan barangan yang dijual dirasakan seperti penting, walhal tidak diperlukan pun.

Jom selongkar rahsia IKEA!

1. Bebola daging membantu penjualan perabot

Gerd Dieweld, salah seorang pengurus di IKEA Amerika Syarikat mendedahkan bebola daging adalah ‘sofa’ yang paling laris dijual oleh mereka. Ia adalah produk yang paling popular; pada setiap hari, hampir 1 bilion bebola daging dimakan oleh pengunjung IKEA dari seluruh dunia.

Apa rahsia disebalik bebola daging IKEA?

1 10

Pelanggan yang lapar ialah pelanggan yang tidak elok. Inilah moto yang dipegang oleh IKEA, membuatkan mereka meletak restoran IKEA di tengah-tengah pusat beli-belah ini.

Satu hidangan bebola dijual dengan harga yang murah, membuatkan pengunjung berasa IKEA adalah pusat beli-belah yang pemurah. Harga yang murah ini sekaligus membuat seolah-oleh produk di sini juga murah.

2. Tilam IKEA dijual dengan saiz yang tidak ‘standard’

Untuk pengetahuan anda, beberapa tilam yang dijual di IKEA sebenarnya tidak mengikuti saiz standard yang digunakan oleh pengeluar tilam lain.

2 7

Meskipun isu ini kelihatan tidak serius memandangkan pelanggan boleh sahaja membeli rangka katil dengan saiz yang sama, ada rahsia lain disebaliknya. Tidak banyak pengeluar cadar menghasilkan cadar dengan saiz tilam IKEA.

Hasilnya, pelanggan terpaksa membeli cadar di IKEA juga. Sesetengah bantal yang dijual juga menggunakan taktik yang sama, iaitu dijual dengan saiz yang tidak standard.

3. Rahsia harga produk IKEA mahal

Jika anda perasan, harga produk IKEA dijual dengan harga sedikit mahal berbanding jenama yang lain.

3 6

Hal ini kerana produk-produk ini adalah satu-satunya produk yang dibuat oleh kilang pihak ketiga, terutamanya untuk IKEA. Ini membuatkan produk yang dijual menjadi unik dan pelanggan bukan sahaja membayar untuk kualiti produk, tetapi juga untuk jenama ini.

4. Kakitangan IKEA tidak bantu anda tanpa sebab

Pekerja IKEA tidak akan tanya “Boleh saya bantu awak?” secara tiba-tiba. Perkara ini dilarang kerana mereka mahu pelanggan membuat keputusan sendiri dan ia adalah satu teknik pemasaran yang hebat.

4 4

Jika pelanggan dibantu oleh pekerja, imaginasi pelanggan akan terhenti dengan cadangan yang diberikan. Hal ini boleh membuatkan anda sedar akan barangan keperluan, dan bukannya kehendak.

Bagaimanapun, pekerja IKEA akan membantu anda dengan mesra dan sopan jika anda meminta bantuan mereka.

5. Rekaan stor yang buat anda berbelanja lebih

Reka bentuk laluan di dalam IKEA yang bengkang-bengkok kadang-kala membuatkan pengunjung tersesat. Sebenarnya anda bukan tersesat dengan sengaja, pereka laluan ini memang berniat mahu buat anda berasa seperti sedang sesat.

5 2

Arkitek dari London, Alan Penn mendedahkan bahawa jalan yang bengkang-bengkok dan sukar membuatkan pengunjung berjalan dalam kawasan yang sama secara berulang-kali.

Penn turut mendedahkan 60% daripada barangan yang dibelinya di IKEA adalah pembelian yang tidak dirancang.

6. D.I.Y beri kesan kepada pelanggan

6 1

Dalam psikologi, kesan ini dipanggi sebagai ‘Kesan IKEA’. Perkataan ini merujuk kepada kesan psikologi kepada pelanggan yang merasakan sesuatu barangan ini akan lebih berharga jika dipasang secara sendiri.

Harus diakui, ada sesetengah orang yang gemar melakukan pemasangan perabot yang dibeli.

7. Bakul sentiasa penuh dengan produk

Jika anda perasan, bakul di IKEA sentiasa dipenuh dengan produk, kadang-kala seperti terlalu banyak bilangannya. IKEA menggunakan prinsip ‘bulla-bulla’ di mana mereka akan memenuhkan setiap bakul yang ada.

7

Ini membuatkan pengunjung berfikir barang tersebut dijual dengan murah kerana kuantitinya yang banyak. Rata-rata pengunjung membeli sudu, tuala dan selimut bukan kerana mereka memerlukannya, tapi kerana harga yang kelihatan murah.

 

Kredit: BrightSide

BACA: Menyeramkan! Sisi Gelap Industri Anime Yang Tidak Diceritakan Kepada Umum

Cats 37

Sumber: BrightSide
Sumber: BrightSide
Sumber: BrightSide
Sumber: BrightSide
Sumber: BrightSide
Sumber: BrightSide

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.