in

6 Fakta Menarik Tentang FRAKTA, Beg Biru Ikonik Dari Ikea

Frakta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda sering ke kedai dobi layan diri untuk mencuci pakaian, mesti pernah tengok ada pelanggan lain yang guna beg biru IKEA (nama sebenarnya FRAKTA) untuk membawa baju yang ingin dicuci.


Namun, tahukah anda kisah di sebalik pembuatan beg ikonik dari IKEA tersebut? Kalau masih tak tahu, jom baca satu persatu fakta menarik beg yang digunakan oleh ramai rakyat Malaysia ini.

#1 Ia direka selepas IKEA mula menjual barang hiasan rumah bersaiz kecil 

Beg biru dari Ikea yang dinamakan FRAKTA ini telah direka pada sekitar tahun 1986 setelah Ingvar Kamprad iaitu pengasas IKEA perasan bahawa ramai pelanggan IKEA yang meninggalkan barang perhiasan kecil seperti cermin dan lilin yang telah diambil oleh pelanggan sebelum checkout di kaunter pembayaran.

4 1

Pada ketika itu, hanya ada bakul plastik dan beg yang terlalu kecil untuk pelanggan guna untuk letak barang ketika membeli belah.

Jadi, pelanggan terpaksa pegang barang perhiasan kecil tadi dengan tangan mereka dan ini menyebabkan mereka rasa benda tu leceh.

#2 Head of purchasing IKEA, Lars Göran Peterson kemudiannya diarahkan untuk mengukur saiz barang perhiasan kecil yang sering ditinggalkan oleh pelanggan 

Ini untuk memudahkannya mereka saiz beg baharu yang bakal IKEA keluarkan

Ketika lawatan ke Taiwan, Ingvar dan Lars Göran Peterson akhirnya menemui pengilang yang sesuai untuk menghasilkan beg baru IKEA.

Mereka telah menetapkan kriteria yang diperlukan untuk menghasilkan beg tersebut, contohnya ia haruslah cukup besar untuk membawa beberapa gulungan kertas dinding dan perlu cukup kukuh untuk menampung berat hingga 50kg.

Pemilik kilang di Taiwan kemudiannya menunjukkan kedua-dua mereka sampel bahan polypropylene, iaitu material yang sering digunakan sebagai guni beras.

#3 Mereka telah menguji sendiri kekukuhan material beg tersebut 

Untuk memastikan bahan untuk menghasilkan beg tersebut betul-betul kukuh, mereka telah menyuruh seorang staf wanita di pejabat dengan berat badan 50kg untuk berdiri di dalam beg tersebut.

Beg berkenaan kemudiannya diangkat oleh Lars Goran dan Ingvar dan surprise, beg itu tidak terkoyak pun!

6 1
Gambar sekadar hiasan

#4 Beg FRAKTA ini juga telah menjadi publisiti yang baik kepada IKEA 

Ingvar Kamprad mahu beg Ikea tadi direka dengan dua warna, di mana satu daripadanya boleh dijual dengan harga yang murah untuk memudahkan pelanggan bawa pulang barang yang telah dibeli dengan menggunakan beg tadi.

Ingvar juga dapat merasakan bahawa beg itu akan memberi publisiti yang baik kepada IKEA kerana apabila orang ramai melihat beg itu di tempat umum, mereka boleh tahu bahawa beg itu dari IKEA.

Frakta
Gambar sekadar hiasan

Untuk mereka yang tak tahu pula, ia boleh menyebabkan mereka ingin tahu mengapa ramai orang bawa beg berwarna biru itu.

Jadi, secara tak langsung, semakin ramailah orang yang tahu tentang kewujudan kedai barangan rumah IKEA.

#5 Beg FRAKTA pada mulanya direka dengan warna kuning 

Walaupun Ingvar mahu beg itu direka dalam dua pilihan warna, namun pengurus jualan IKEA memutuskan bahawa ia akan dihasilkan dengan satu warna sahaja iaitu warna kuning.

Namun, tak lama kemudian, beg berwarna kuning itu telah mengelirukan pelanggan dan staf IKEA kerana beg yang digunakan untuk pelanggan letak barang yang ingin dibeli (shopping bag) dan beg FRAKTA yang boleh dibeli oleh pelanggan kedua-duanya berwarna kuning.

Frakta
Gambar sekadar hiasan

Jadi, ia telah menyebabkan pelanggan confused mana satu beg yang boleh dibawa balik.

Manakala, staf pula tak tahu beg mana satu yang telah dibayar dan mana satu yang hanya boleh digunakan di dalam ruang pameran IKEA oleh pelanggan disebabkan warnanya yang sama.

Oleh itu, beg FRAKTA yang boleh dibeli dan dibawa balik oleh pelanggan kemudiannya ditukar menjadi warna biru manakala shopping bag yang hanya boleh digunakan di dalam IKEA pula bewarna kuning.

#6 Beg FRAKTA mempunyai tempoh waranti sepanjang hayat (lifetime warranty)

Tahukah anda bahawa sekiranya beg biru ikonik ini terkoyak atau lusuh, ia sebenarnya boleh ditukar dengan beg baru di kaunter Exchange and Return.

Ini kerana beg FRAKTA ini mempunyai tempoh waranti sepanjang hayat.

Sumber: IKEA Museum, Twitter @adibhazlami, Twitter @OSIIostoo

Baca: 7 Helah Licik IKEA Yang Buat Anda Sanggup Berbelanja Lebih Tanpa Disedari

Cover 6

Sumber: IKEA Museum
Sumber: IKEA
Sumber: IKEA Museum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.