7 Anak Pasangan Selebriti Yang Comel dan Terkenal di Instagram

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Semenjak dua menjak ni, makin ramai artis berkahwin dan mempunyai anak yang comel-comel belaka. Dah kalau namanya mak bapak dorang artis, mestilah aura popular tu pun melekat pada anak kan? Bila dah popular ibu bapa pun turut buat akaun Instagram dan berduyun-duyun peminat yang follow kerana nak tengok gelagat cute anak-anak mereka ni.

Jom kita lihat tujuh anak pasangan selebriti yang comel dan mempunyai ramai pengikut di Instagram. Kalah followers mak bapak dia tau! 

 

1. Lara Alana 



Sumber: Instagram

Sehingga setakat ini followers di Instagram anak Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya ni lah yang paling tinggi daripada anak-anak selebriti lain dengan 3.1 juta followers tau! Sipi-sipi je nak kalahkah ayahnya sendiri yang mempunyai 3.5 juta followers. Wow femesnya Lara kan! 

Lara ni sejak dari kecil lagi dah mendapat perhatian netizen dan dulu memang pernah ada rancangan televisyen khas tentang Lara je. Dek kerana disukai ramai, Lara telah dilantik menjadi duta pelbagai produk sehingga pendapatannya mencecah ribuan ringgit! Dengar cerita baru-baru ni, Lara pun dah dapat surat daripada LHDN tau. Haa acaner tu? Hebat betul kecil-kecil dah kaya raya.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

 

2. Yusuf Iskandar 

Sumber: Instagram

Anak kepada pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini telah menjadi tumpuan netizen oleh kerana gelagatnya yang comel dan bijak berinteraksi dengan sesiapa yang dekat dengannya. Memiliki 2.2 juta followers, Hanis suka berkongsi tips tentang penjagaan Yusuf kepada peminat dan ibu muda yang baru mempunyai anak. Sama seperti Lara, Yusuf juga ada rancangannya sendiri bertajuk Hairul & Hanis Junior.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

 

3. Aaisyah Dhia Rana 



Sumber: Instagram

Kalau tengok anak comel Che Ta ni, rasa macam nak gigit-gigit je pipi tembamnya tu sebab comel sangat! Sudahlah comel, bijak pulak Aaisyah ni berkata-kata. Nak pakai make up lah, nak makan ayam gorenglah. Yang paling tak boleh tahan, Ecah minta nak jumpa Hero Malaya, Zul Arifin! Kemain Ecah ni tau! 

Dengan mempunyai 1.1 juta followers, Instagram puteri kepada Zain Saidin ni memaparkan semua gambar-gambar on point dan cantik belaka. Almaklumlah Che Ta kan ada jurugambar peribadi… 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

 

4. Syeriv Samheizy 

Sumber: Instagram

Sekacak bapanya, begitulah juga kacaknya Syeriv anak kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ni. Mempunyai 615,000 followers, senyuman si comel ni boleh buat hati para wanita cair tau. Itu belum tengok lagi gaya rambutnya yang dah macam romeo Malaysia tu, patutlah ramai yang suka follow Syeriv. Paling best bila gelagat bersahaja Syeriv dan ibu bapanya dimuat naik di Instagram. Budak kecil ni layan je perangai gila-gila Sam dan Syatilla!

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

 

5. Aubrey & Karl



Sumber: Instagram

Hasil perkongsian hidup Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden dengan Datin Paduka Eina Azman ini telah melahirkan sepasang kembar lelaki dan perempuan bernama Aubrey dan Karl. Kecomelan pasangan adik beradik ni telah dapat perhatian netizen yang geram tengok reaksi muka mereka yang lucu bila bergambar. Sehingga setakat ini, Aubrey dan Karl memiliki 459,000 pengikut di Instagram.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

 

6. Aqeef Anaqi

Sumber: Instagram

Percaya atau tak, bayi kepada Amar Bahrin dan Amyra Rosli ni baru berusia lima bulan tapi followers Instagram peribadinya dah meningkat ke 259,000 tau. Wow boleh tahan! Masa di awal kelahirannya, netizen bengang jugak sebab Amyra dan Amar sering menutup wajahnya Aqeef dan tidak mahu menayangkan kepada umum kerana masih belum bersedia. Tapi semenjak gambar si kecil ni dimuat naik di Instagram, ramai yang teruja dan tak sabar-sabar nak tengok perkembangan bayi ni yang seterusnya.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

 

7. Che Mad 

Sumber: Instagram

Wajah ala-ala mat saleh Muhammad atau Che Mad iaitu anak kepada pasangan muda Farid Kamil dan Diana Danielle ini berjaya menarik perhatian netizen dengan mempunyai 234,000 followers di Instagram. Baru berusia lima tahun, Instagram Che Mad penuh dengan aktiviti sehariannya seperti melukis, bermain basikal dan menemani ibu atau bapanya bekerja. Che Mad juga ada bakat jadi model tau!

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Comelkan anak-anak selebriti ni semua! Jom follow mereka di Instagram. 

Baca: 12 Selebriti Sudah Ada Ramai Anak Tetapi Badan Tetap ‘Maintain Slim

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!