in

6 Momen Lee Chong Wei Harumkan Nama Negara Di Mata Dunia Paling Diingati Ramai

Lee Chong Wei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lee Chong Wei adalah nama yang tak asing lagi dalam dunia sukan, terutamanya dalam permainan badminton. Jaguh dunia ni sering mendapat perhatian ramai setiap kali dia berentap di gelanggang, tambah-tambah pulak kalau lawannya Lin Dan dari China.


Dan semalam, Chong Wei peroleh emas yang pertama bagi tahun 2018 dengan kalahkan pemain India, K. Srikanth di Sukan Komanwel, Gold Coast, Australia. Berikut kami senaraikan 6 momen Lee Chong Wei harumkan negara di mata dunia yang paling diingati ramai. 

 

1. Menangi kejohanan terbuka Malaysia buat pertama kali

U1860P461T74D2124F1661Dt20080121145436
sumber: blog

Mula berjinak-jinak main badminton pada usia 11 tahun, Chong Wei mula tarik perhatian ramai sebagai muka baru dalam dunia badminton ni bila dia memenangi kejohanan utama pada tahun 2003 dan layak ke pusingan akhir di kejohanan Terbuka Malaysia 2003. Tapi dia kalah di tangan Cheng Hong dari China pada tahun tersebut.

Tak mengalah dengan mudah, Chong Wei bangkit dan memenangi Terbuka Malaysia dan Terbuka China Taipei pada tahun berikutnya sehingga dia disenaraikan dalam pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens. Sejak dari tu, nama Chong Wei disebut-sebut dan menjadi ikon baru menggantikan anak-anak Sidek dalam arena badminton negara.

 

2. Pertama kali menang pingat emas di Sukan Komanwel

Lee Chongwei 2300397B
sumber: telegraph

Tumpas sekali lagi di tangan Chen Hong pada tahun 2004, Chong Wei tak mudah patah semangat. Dia mula mengasah bakat dan pengalaman serta memenangi pelbagaikan gelaran di kejohanan seperti Terbuka Switzerland, Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka Malaysia.

Impian Chong Wei untuk sumbang emas dalam Sukan Komanwel 2006 akhirnya tercapai bila dia merangkul dua pingat emas dalam acara badminton perseorangan lelaki dan campuran. Disebabkan kemenangan ini, Chong Wei dinobat sebagai pemain nombor satu dunia sebanyak dua kali dalam tahun yang sama. Wow! 

Korang nak tahu apa yang menarik dengan perlawanan ni? Ia merupakan titik pertembungan pertama antara Chong Wei dan Lin Dan yang seterusnya menjadi seteru jaguh dunia tu bertahun-tahun lamanya! Fuh tak sangka!

 

3. Ditewaskan Lin Dan dalam tiga acara final tapi…

1203
sumber: blog

Semua orang tahu musuh lagenda Chong Wei ialah Lin Dan. Malah Chong Wei jugak dah berkali-kali dikalahkan Lin Dan dalam siri perlawanan badminton yang menjadi tumpuan ramai macam Hong Kong Open 2006, Swiss Open 2008, Sukan Olimpik 2008 dan All England 2009. Sejak dari tu, Chong Wei dikatakan macam ada kegerunan nak berdepan dengan Lin Dan sebab asyik kalah berkali-kali je bila dia bertentang dengan pemain dari China tu.

Walaupun Chong Wei main di peringkat antarabangsa dan menang pusingan akhir Grand Prix Badminton Kebangsaan di Kedah, dia merangkul kejayaan tu pun tanpa cabaran dari Lin Dan yang buat Chong Wei masih rasa tak puas hati.

Berkat kesabaran dan kegigihan untuk terus berjaya, Chong Wei mengalahkan Lin Dan dalam peringkat akhir Terbuka All England 2011 buat kali ketiga berturut-turut dengan kemenangan straight set tau! Cayalah! Dan atas pencapaian yang hebat ni, Chong Wei dapat sanjungan PM Najib sendiri yang bangga dengan kejayaan jaguh badminton ni.

 

4. Empat kali Juara All England

Wire 207661 1489353264
sumber: daily mail

Nama Malaysia dalam arena badminton bukanlah baru malah kita dah menjuarai All England sejak tahun 1951 lagi dalam acara men singles oleh Wong Peng Soon. Tapi sejak daripada siri kemenangan 1951 hinggalah 1957, acara men singles alami kemarau pingat emas sampailah tahun 1956, Tan Aik Huang membawa pulang pingat emas. Dan lamaaa selepas tu, Muhammad Hafiz Hashim pulak dijulang sebagai juara men singles All England 2003.

Beberapa tahun berlalu dan Chong Wei finally buat kemunculan hebat dengan memenangi dua tahun berturut-turut juara men singles All England 2010 dan 2011! Meskipun kalah beberapa kali dengan Lin Dan, Chong Wei dah pegang rekod sendiri dengan memenangi empat kali acara men singles All England 2010, 2011, 2014 dan 2017. Powerrr! 

 

5. Lima kali dinobat Pemain Terbaik BWF

C6Aa9Ffa Dea9 47Ac B633 4Da02971522C 169
sumber: blog

Kehandalan Chong Wei kini tak boleh dipandang sebelah mata. Daripada seorang budak kampung yang tak tahu apa-apa, Chong Wei menjadi atlet yang disegani ramai dan penglibatan dia dalam arena badminton dah beri kejayaan besar kepada negara di mata dunia. Buktinya ialah apabila pemain badminton kesayangan negara ni dah menangi lima kali anugerah Pemain Terbaik Lelaki oleh Badminton World Federation (BWF).

Chong Wei pertama kali menangi anugerah ni pada tahun 2009, kemudian dua kali berturut pada 2010 dan 2011. Anak kelahiran Bagai Serai, Perak ni sekali muncul sebagai pemenang pada tahun 2013 dan terakhir pada 2016.

 

6. Olahragawan paling sukses di Malaysia

20160716091338 Eb62750Dbaee52Af82A7B499C9766D73 1
sumber: blog

Dikurniakan darjah kebesaran ‘Datuk’, Lee Chong Wei ialah pemain badminton ketiga Malaysia yang mencapai tangga teratas dunia lepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim. Apa yang lebih menarik, Chong Wei jugak satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang pertahan kedudukan teratas dunia selama dua minggu lebih. Dia jugak pernah duduki ranking teratas pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut iaitu dari 21 Ogos 2008 sampai 14 Jun 2012. Fuh hebatlah! 

Seperti Lin Dan dan rakan-rakan seperjuangan yang lain, Chong Wei akhirnya memilih untuk tamatkan zaman bujangnya dengan kekasih, Wong Mew Choo (jugak pemain badminton wanita yang hebat) lepas berpisah pada tahun 2009 dan kembali bersama pada 2012. Mereka sekarang dah dikurniakan dua orang anak iaitu Kingston dan Terrance. Bagi yang masih tak tahu, Chong Wei jugak dah ada filem biopicnya sendiri yang dah ditayangkan pada Mac 2018 lepas.

Team Lobak Merah ingin ucapkan tahniah kepada jaguh negara, Lee Chong Wei atas kemenangan di Sukan Olimpik baru-baru ni. Semoga terus berjaya dan menjadi inspirasi buat semua rakyat Malaysia. 

Baca: “Bukan saya” – Lee Chong Wei Syak Ada Pihak Cuba Sebar Video Lucah Kerana Cemburu Dengan Kejayaan

F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.