in

5 Tempat Karok Ni Harganya Tak Sampai RM 20 Untuk Satu Kepala!

Karok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin percaya salah satu aktiviti yang korang suka buat bila ada gathering dengan kawan-kawan ni mesti karok kan? Mesti nak cari tempat yang sistem suara dia best dan paling penting harga kalau lagi murah lagi bagus!

Jadi, eloklah korang buat aktiviti-aktiviti indoor memandangkan sekarang ni tengah musim jerebu kan? Kat sini, admin senarikan beberapa tempat karok yang harganya bawah RM 20 untuk satu kepala.


 

1. Firezone, Kota Damansara (RM 8/pax)

Image 4
Sumber : blog

Kat sini lagu-lagu dia up to date tau, waktu murah ni pada setiap hari Isnin sampai Jumaat bermula dari pukul 12 tengah hari sampai 8 malam.

Jadi, kalau sesiapa yang berada di kawasan Selangor boleh ke Firezone ni. Boleh hubungi 03 61433347. Oh ya! Tempoh karaokea ni unlimited tau, nyanyilah puas-puas! tapi jangan lebih sampai pukul 8 malam. Cuma, siapa je nak nyanyi sampai 8 jam kan?

 

2.  Karaoke Manekineko, Eko Mall Cheras (RM20/pax)

48384910 126943231577470 741260786344656896 O
Sumber : facebook

Reka bentuk dalaman tempat karok ni ala-ala rumah Jepun, ada 30 bilik dan dua bilik VIP. Bilik VIP tu boleh muat sampai 30 orang tau!

Ada banyak jenis lagu, tak kirah lah lagu English, Mandarin, Cantonese, Hokkien, Malay, Jepun, dan Korea pun ada tau! Kalau korang nak book boleh contact +603-91337371. Harga RM 20 tu untuk weekdays dan terhad untuk 3 jam!

 

3. Loudspeaker ( RM 7/pax)

Loudspeaker Mytown
Sumber : blog

Rasanya mesti ramai yang dah kenal dengan tempat ni, kalau korang pergi dekat MYTOWN SHOPPING punya cawangan, harga darip pukul 12 pm hingga 3 pm tu cuma RM 7 je tau untuk satu kepala!

Kiranya harga dia RM 7 lah satu kepala. Kalau korang berminat, korang boleh hubungi nombor ni +6018-3999986.

 

4. Replay, Jalan Klang Lama (Bermula RM 16 Sebilik!)

Img 0856
Sumber : replay

Like seriously? Sebilik?! Admin sendiri tak percaya, dikhabarkan lagu-lagu diaorang lebih variety dimana ada lagu-lagu indie dan klasik lama! Kalau korang ni jenis ‘hidup’ malam-malam, Replay ni buka sampai pukul 3 pagi!

 

5. Aloha Karaokea, Sunway Pyramid (RM 19/Pax)

1 1
Sumber : blog

Alang-alang korang dah lepak mall tu, apa kata korang kesini terus! Sound system diaorang boleh tahan, nyanyi pun rasa macam tengah buat show! Tambah sikit boleh siap dapat makan buffet  lagi!

Kalau nak celebrate birthday kat sini pun boleh tau! Cuma bayar dan kek mereka akan sediakan. Kalau berminat call je nombor ni 03-5633 6669.

 

Baca : 8 Lokasi Untuk Weekend Getaway Bagi Yang Mahu Lari Dari Kesibukan Bandar KL!

Weekend

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.