in

5 Tanggapan Negatif Lelaki Zaman Sekarang Selalu Terima. No 3 Ni Memang Boleh Buat Gaduh

Feat 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita selalu dengar perempuan mengeluh dengan ‘perangai’ lelaki yang selalu kecam dorang. Baju ketat sangatlah, tudung tak labuhlah, perangai tak sopanlah. Jarang kita dengar lelaki mengeluh pasal benda yang sama.


Percaya atau tak, lelaki pun selalu je dapat tanggapan yang salah hanya kerana mereka LELAKI. Lagi-lagi sekarang ni zaman teknologi, memang senanglah untuk orang assume perangai lelaki hanya berdasarkan apa yang dorang tunjuk dekat media sosial.

Jadi kali ini, admin nak highlight beberapa tanggapan negatif lelaki zaman sekarang selalu kena. Lelaki kalau baca benda ni mesti terangguk-angguk tanda setuju.

5 Tanggapan Negatif Lelaki Zaman Sekarang Selalu Terima

1. Pakai style sikit dilabel ‘gay’

Nazim Featured
Gambar hiasan

Haa, ini salah satu tanggapan negatif lelaki sering dapat bila dorang cuba nak bergaya. Pakai kemeja, seluar ketat sikit, butang baju bukak sikit nampak dada, lepastu ambik gambar, letak dekat Instagram, BOOM! Orang kecam gay. 

Tambah lagi kalau muka jambu, kulit putih, bibir merah. Masalahnya, yang kecam dorang ni selalunya lelaki juga. Apa ni? Tak ‘bros before hoes’ lah macam ni.

Zaman sekarang ni, mana boleh tahu seksualiti orang berdasarkan gaya je. Betul tak?

2. Tak belanja awek makan dituduh kedekut

Pay

Jadi lelaki ni memang susah kan? Dekat muka dorang mungkin ada simbol duit kot. Mana taknya, kalau keluar makan dengan awek, lepastu bila orang lain nampak awek yang keluarkan duit untuk belanja orang keliling dah pandang serong.

Sepatutnya, dengan ekonomi sekarang ni, orang dah patut faham kot tak semua lelaki mampu nak belanja awek makan hari-hari. So, cara paling afdhal, sendiri makan sendiri bayarlah ya? Nanti kalau break senang, tak payah ungkit-ungkit.

3. “Men are trash”

Source

Benda ni memang buat ramai lelaki panas! Asal ada cerita pasal lelaki curang, lelaki pukul perempuan atau tak keluar duit untuk perempuan confirm kena label men are trash. 

Lelaki pulak ramai pantang bila dengar perkataan ni. Lepastu mulalah, “Habistu, bapak ko pun trash jugak ke?”

Benda ni sebenarnya tak patut jadi isu pun, dan sebenarnya perempuan tak cakap semua lelaki trash. Kalau tak makan cili, takkan rasa pedas kot? 

4. Tak mampu bayar hantaran mahal pun kena kecam!

Nomoney
Gambar hiasan

Ok, yang ni tak tahulah nak cakap tanggapan negatif ke cabaran sebagai seorang lelaki. Bayangkan, kita ni punyalah sayang dekat gf nak masuk minang, lepastu hantaran mak bapak gf letak confirm lebih RM10,000. Mana nak cekau duit?

Kalau tak setuju, nanti kata tak sayang. Masalahnya, duit nak makan sendiri pun kadang-kadang tak lepas. Nak minta tolong mak bapak, tak sampai hati pulak. Hantaran pulak macam harga rumah, setiap tahun makin naik. Kalau mengadu dekat Twitter, orang kecam pulak “kahwin nak, hantaran berkira”. Sadis.

5. Cakap kena hati-hati. Salah cakap, dilabel sexist.

Giphy 2

Zaman sekarang, ramai wanita semakin berani bersuara untuk mempertahankan hak mereka. Jadi, bila lelaki cuba untuk sama-sama bagi pendapat pasal isu wanita, mereka akan dilabel seksis dan ketinggalan zaman.

Padahal dorang tak bermaksud pun nak jadi seksis tapi bila tersalah cakap confirm ramai feminazi datang menyerang.

Tapi hakikatnya, lelaki generasi baru, terbaik ke?

Sebenarnya banyak lagi tanggapan negatif orang pasal lelaki zaman sekarang. Kalau korang nak tahu apa lagi kisah-kisah kontroversi lelaki zaman sekarang, korang kena tengok Oi! Jaga Mulut Season 2 dekat iflix.

Group 3

Oi! Jaga Mulut S2 ini akan menampilkan empat pelawak yang memang tak asing lagi iaitu Rayza Mukmin, Farid Azmeir, JD dan Nizam Jentik Jentik. Empat pelawak ni akan ceritakan cabaran dorang sebagai Lelaki Generasi Baru Terbaik confirm korang gelak sampai jatuh kerusi..Macam best je ni.

Mana taknya, lawak dorang bukan macam lawak yang biasa korang dengar dekat TV dan radio, lawak dorang ni gempak habis. Macam tajuk dia, dorang ni memang tak reti nak jaga mulut, benda sensitif ke tak sensitif ke semua dorang cakap. Kalau korang tak percaya, cuba tengok trailer ni.

Kalau korang nak tahu, bukan lawak stand-up comedy je yang dorang akan buat. Malah, dalam Oi! Jaga Mulut April Fools, empat pelawak ini akan prank orang awam pulak! Salah satu pranknya, Farid Azmeir akan pura-pura jadi buta lepastu dia akan kenakan orang. Macam video dekat bawah ni. Kalau korang nak tahu, bapa Farid ni separa buta tau!

Macam video dekat bawah ini :

 

Apa lagi, jom ajak kawan-kawan korang tengok Oi! Jaga Mulut Season 2 ni. Free je kot. Kalau nak tengok klik sini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.