in

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang A&W Petaling Jaya Yang Bakal Dirobohkan

Anw Roboh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kita ucapkan selamat tinggal kepada pusat beli belah pertama di Malaysia, Ampang Park yang bakal dirobohkan tidak lama lagi, kali kini kita perlu melepaskan satu lagi bangunan ikonik yang juga akan dirobohkan atas nama pembangunan.


Hayat restoran A&W Petaling Jaya yang sudah beroperasi selama 50 tahun ini akan berakhir tidak lama lagi selepas pelan untuk penstrukturan semula kawasan tersebut telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Demi mengimbau kembali kenangan anda bersama restoran ini, berikut kami senaraikan lima perkara yang anda perlu tahu tentang A&W Petaling Jaya yang akan dirobohkan tidak lama lagi.

 

1. Cawangan kedua A&W yang dibuka di Malaysia 

20180129 Pla Awpetalingjaya Lorongsultan4 Lyy Tep
sumber: edgeprop

Tahukah anda A&W yang berasal dari Amerika Syarikat ini merupakan restoran makanan ringan pertama di Malaysia? Ia telah dibawa masuk oleh pasangan Lie Boff dan telah membuka cawangan pertama restoran ini pada tahun 1965 di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Outlet A&W Petaling Jaya pula merupakan cawangan kedua yang dibuka di Malaysia.

 

2. Restoran drive-in pertama di Petaling Jaya

Aw Restaurant In Section 52 Petaling Jaya
sumber: blog

Sejak dibuka pada tahun 1965, A&W Petaling Jaya telah menjadi pilihan warga kota yang gemar menikmati makanan ala barat dan sering dikunjungi oleh pelajar Universiti Malaya yang tinggal berdekatan. Namun apa yang lebih menarik tentang A&W ini ialah ia merupakan restoran drive-in pertama di kawasan Petaling Jaya. Wow! Sekarang hampir semua restoran makanan segera ada drive-in kan?

 

3. Kisah penutupan tersebar sejak tahun 2014

Aw Pj
sumber: blog

Ura-ura penutupan A&W Petaling Jaya ini telah timbul sejak tahun 2014 lagi apabila pemilik restoran tersebut KUB Sdn Bhd dikatakan bakal membina projek Menara KUB di tapak tersebut. Walau bagaimanapun, khabar angin tersebut dinafikan pihak KUB sehinggalah berita ini kembali timbul semula pada tahun ini.

 

4. Menara pejabat 20 tingkat bakal dibina di tapak A&W

D053
sumber: blog

Setelah beroperasi hampir 50 tahun, KUB akhirnya akur dan memberi jalan kepada pembangunan baru dengan meneruskan pelan untuk membangunkan kawasan seluas 0.4 hektar ini. Dikhabarkan sebuah bangunan berketinggian 20 tingkat termasuk empat tingkat tempat letak kereta bakal dibina di tapak A&W tersebut.

 

5. Mercu tanda yang simpan banyak kenangan

Anw2
sumber: instagram

Sebaik sahaja berita outlet A&W ini bakal dirobohkan heboh di media, ramai dalam kalangan penduduk Petaling Jaya meluahkan rasa sedih mereka atas perkara tersebut. Kebanyakannya menceritakan betapa banyak kenangan yang telah dirakam di restoran makanan ringan itu termasuklah ia menjadi tempat dating pertama pasangan remaja, tempat lepak sambil menikmati minuman root beer bersama teman dan tempat di mana hari lahir mereka diraikan.

Berikut antara komen pengguna media sosial mengenai A&W Petaling Jaya

2 8

3 3
sumber: twitter

Bagi mereka yang belum pernah ke A&W Petaling Jaya, anda bolehlah ke sana sementara ia masih dibuka dan belum dirobohkan untuk merakamkan kenangan terakhir anda di sana.

Ia dibuka pada hari Isnin hingga Khamis, jam 7 pagi hingga 2 pagi. Manakala pada hari Jumaat hingga Sabtu, A&W ini dibuka 24 jam. Jom! 

Baca: 17 Hilang Tempat Tinggal di Subang Selepas Rumah Dirobohkan Meskipun Dihalang Pihak Berkuasa

Roboh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.