in

17 Hilang Tempat Tinggal di Subang Selepas Rumah Dirobohkan Meskipun Dihalang Pihak Berkuasa

Malaysians Had Their Homes Demolished Despite Stop Orders From Authorities World Of Buzz 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam timbul kekecohan apabila tiga buah rumah dan dua rumah kedai dekat Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang telah dirobohkan. Tindakan ini diteruskan meskipun ahli majlis eksekutif negeri dan pegawai daerah telah pun mengarahkan ia diberhentikanApalah nasib mereka-mereka ini! 


Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) yang terlibat dalam operasi tersebut telah diminta untuk menangguhkan operasi perobohan dalam masa 24 jam supaya pihak kerajaan Selangor secara rasminya mampu mendokumentasikan perkara berkenaan.

Pun begitu, pegawai yang terbabit tidak mengendahkan arahan dan meneruskan dengan pencerobohan itu. Degilnya! 

“Pegawai berkenaan bertindak agresif dan enggan menunggu walaupun 30 minit untuk terima keputusan dari para exco. Mereka terus masuk ke premis dengan Light Strike Force (LSF), traktor, penggali dan beberapa orang pegawai dari Dewan Bandaraya Shah Alam,” kata ahli majlis eksekutif Selangor, Dr Ahmad Yusuf kepada Malay Mail.

Malaysians Had Their Homes Demolished Despite Stop Orders From Authorities World Of Buzz 2
sumber: wob

Susulan dari ketegangan itu, polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat bergegas ke lokasi untuk meleraikan pertikaian yang timbul di antara dua pihak selepas pihak penguatkuasa masih ingin merobohkan premis.

Isu ini juga mendapat perhatian ADUN Terengganu, Dr Syed Azman yang kebetulan bersolat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah sebelum berlepas. Dia kemudian memutuskan untuk tinggal di situ semasa kejadian tersebut berlaku dan cuba menyelesaikan masalah yang terjadi.

Kediaman dan rumah kedai yang dirobohkan tersebut difahamkan menjadi tempat tinggal persatuan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, yang mendiami kawasan itu bersama keluarga mereka sejak tahun 1996 lagi.

Sebuah video yang tular di Facebook sejak semalam menunjukkan beberapa orang ditahan kerana membentuk rantaian manusia untuk menghalang percerobohan daripada berlaku. Seorang wanita juga kelihatan menangis di dalam rakaman tersebut. Ekoran kejadian itu, sembilan orang dilaporkan ditahan.

Malaysians Had Their Homes Demolished Despite Stop Orders From Authorities World Of Buzz 3
sumber: wob
Malaysians Had Their Homes Demolished Despite Stop Orders From Authorities World Of Buzz 7
sumber: wob

Pencerobohan tersebut telah mengakibatkan 17 penduduk kehilangan rumah dan tanpa sumber pencarian, lapor Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang juga terlibat dalam sesi bantahan tersebut.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan,

“PSM mengutuk keras perobohan rumah pegawai (kuarters) Masjid Lapangan Terbang Subang, pada hari ini dimana 17 orang telah diusir dari kediaman mereka tanpa rumah alternatif (dua keluarga, tiga rumah, dua kedai. Jumlah tanggungan 17 orang termasuk pekerja kedai yg tinggal di rumah itu).” 

Dalam keterangan itu juga, PSM mengakui telah membawa isu ini ke perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang sedia maklum akan hal tersebut sejak November 2016 lagi. Namun sehingga hari ini, tiada tindakan dari Kerajaan Negeri Selangor.

Siaran akhbar itu juga menuntut hak ke atas 17 orang penduduk yang kehilangan tempat tinggal untuk dilindungi Menteri Besar Selangor dan membebaskan sembilan yang ditahan.

Malaysians Had Their Homes Demolished Despite Stop Orders From Authorities World Of Buzz
sumber: wob

Disebabkan insiden mengejutkan ini mula mendapat perhatian netizen, Kerajaan Negeri Selangor telah menawarkan flat PPR kepada dua keluarga yang terjejas. Datuk Seri Azmin Ali juga memberitahu, pihak kerajaan akan membayar sewa enam bulan penempatan tersebut sebelum ia ditawarkan kepada keluarga berkenaan.

Syukurlah kini keluarga-keluarga yang terlibat terbela nasib mereka. Walau bagaimanapun, diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan pihak yang terlibat dalam pencerobohan tersebut ditahan pihak berkuasa. 

Baca: Warga Emas Dijanjikan Dapur Baru Sejak Tahun Lalu Namun Diberi Harapan Palsu Oleh Wakil Rakyat

Roboh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.