5 Perkara Perempuan Lalui Kaum Lelaki Takkan Pernah Faham

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Perempuan dengan lelaki ni memang jauh beza macam langit dengan bumi. Orang selalu kata perempuan ni complicated tapi sapa yang kata perempuan macam tu, sebenarnya dia tak paham apa yang perempuan kena lalui setiap hari!

Perempuan ni selalu je kena tadah telinga dengar orang kata itu ini, tak pun dihalang dari buat sesuatu perkara. Sabar jelah kan! Ini lima perkara perempuan lalui yang kaum lelaki takkan pernah faham. P/s: Semua lelaki kena baca ni! 

 

1. Period tiap-tiap bulan

Ni memang semua perempuan faham la kan. Bapak leceh kalau period wehhhhh… Tak selesa okay. Bukat setakat tu je, masa ni lah datangnya PMS. Kebanyakan perempuan akan ada period pain dan mood swing. Masa ni lah perut sakit, kepala sakit dan pinggang lenguh yang amat. Pasal mood swing pulak, ingat perempuan suka-suka je ke nak moody time period? Mood swing ni jadi sebab hormon badan tak stabil. So, kejap rasa nak marahlah, nak nangislah. Macam-macamlah! Sian tau kat orang perempuan…

 

2. Constant pressure kena pandai masak

Biasalah benda ni. Kalau kat media sosial tu, berlambak orang akan kata tak tau masak, tak yah berangan nak kahwin. Perempuan memang kawin untuk masak je ke? Memang faham je kat negara Asia memang budayanya perempuan yang kena masak dan urus hal rumah tangga. Tapi perlu ke kritik perempuan macam tu? Siap label kalau fail masak, tak yah kahwin. What theee?? So benda ni sebenarnya bagi pressure. Social pressure yang perempuan kena hadap every single day.

 

3. Banyak sangat iklan menjatuhkan wanita

Ni satu lagi social pressure yang perempuan kena lalui setiap hari. Sekarang ni banyak je iklan pasal nak bagi putih lah, kurus lah semuanya pasal nak ‘upgrade’ penampilan semata-mata sebab apa? Untuk senang dapat jodoh, as if kalau kau hitam, gemuk, jangan berangan nak kawin, tak pun iklan pasal isteri kena jaga penampilan sebab kalau tak suami tak berselera dan cari perempuan lain, suami boroi tak pe pulak ye? Whoopss! So, iklan macam ni selalunya akan buat perempuan stress fikir pasal penampilan dan ada yang dijadikan bahan ejekan sebab tak menepati standard cantik ni.

 

4. Pendidikan je tak cukup nak puaskan hati orang

Perempuan belajar tinggi mana pun, masuk dapur jugak nanti. Statement ni memang bikin hati perempuan panas. Orang tu dah belajar macam nak gila, struggle nak cipta nama dan sejarah, ada je orang akan keluarkan statement macam tu. Selalunya orang macam ni, jeles sebenarnya. So, dia pun nak jatuhkan orang dengan cara macam ni. Oh ye, ada gelaran untuk lelaki yang tak boleh tengok perempuan lebih dari dia, orang macam ni digelar chauvinist. Korang chauvinist tak?? Haa…

Gambar hiasan

 

5. Tak boleh buat benda yang lelaki buat

Ok korang, selalu je kan benda yang lelaki semua buat okay je. Takde masalah pun. Tapi bila perempuan buat benda yang sama, kecoh beb! Sebagai contoh, kalau lelaki, dorang boleh keluar sampai lewat malam. Perempuan jangan haraplah kan. Faham je, orang tak bagi keluar sebab bahaya. Tapi tak bahaya ke kat luar tu untuk lelaki? Lepas tu, kalau perempuan cakap kasar, mesti orang kata tak manis macam tu. Tapi, kalau lelaki, takde pulak orang nak kata mereka ni biadap. Dorang just cakap, biasalah lelaki…. apa pun boleh!

Kadang perempuan pun penat dengan keadaan sekeliling yang sentiasa pressure dorang untuk jadi perfect. Kalau salah sikit, berbulan orang boleh cakap pasal ni. Itu belum kira kaum wanita selalu jadi target penjenayah sebab mereka ni lemah lah katakan. Harap generasi masa depan akan lebih menghormati dan memahami kaum wanita.

Wanita dijadikan dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung,  tapi dekat di bahu untuk dilindung dan dekat jua di hati untuk dikasihi.. Fuh! 

Baca: 10 Wanita ‘Pertama’ di Malaysia Yang Hebat Mencipta Nama

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.