in

Bukan Peminat K-Drama Lah Kalau Tak Pernah Tengok 16 Cerita Ni

Pagekdrama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

K-drama semakin mendapat tempat di hati penonton sehingga banyak ditayangkan di kaca TV. Selain tu, banyak je website yang boleh korang pergi untuk tonton drama-drama hebat secara online ikut kesesuaian masa korang sendiri.


Die hard fan K-drama confirm dah banyak tengok K drama yang ditayangkan kan? And korang bukan peminat K-drama lah kalau tak pernah tengok 16 cerita ni.

 

1. Winter Sonata (2002)

Ws1
sumber: pinterest

Drama ni kalau tak tengok tak sah lah! Jangan nak kata korang peminat drama kalau cerita legend ni pun korang tak pernah tengok. Winter Sonata merupakan antara drama Korea pertama yang melonjak naik dan mencipta nama dekat seluruh dunia. Ramai sukakan drama ni yang sangat romantik dan penonton akan menantikan setiap episod untuk tau if mereka dua ni akhirnya bersama ke tidak.

Giphy 1 2

 

2. Stairway To Heaven (2003)

Stairway To Heaven 2
sumber: blog

Ini antara cerita drama yang buat penonton menangis tak henti. Peminat K-drama kalau dengar Stairway To Heaven mesti dah bergenang air mata mengingatkan plot dia yang tragis sangat. Jalan cerita dia menarik dan pengakhiran dia menyeksakan. Walaupun macam tu, still ramai yang setia menonton dengan harapan akan ada happy ending. Tapi tak pun….

Giphy 5

 

3. Full House (2004)

Fh1
sumber: blog

Full House adalah drama yang mengangkat nama penyanyi Rain sebagai pelakon pada tahun 2004. Peminat drama Korea for sure pernah tengok drama ni sebab nak tengok Rain bawa watak hero yang ego yang kemudiannya jatuh cinta dengan heroin. Dalam cerita ni dorang terpaksa tinggal bersama sebab perempuan tu dah kena tipu dengan kawan yang dah jual rumah dia dekat hero tu. Kalau korang nak tau, heroin dalam drama ni sama dengan heroin drama DOTS yang korang tergila-gilakan tu.

Giphy 2 2

 

4. Love Story in Harvard

Love Story In Harvard 40093
sumber: blog

Drama ni berkisarkan tentang pelajar di Universiti Harvard dan kisah percintaan antara student law dan student medic dekat situ. Lepas tu dorang ni pandai-pandai pulak, so macam banyak masalah dalam percintaan bila yang amik medic tu ditawarkan kerja tempat lain. Disebabkan percintaan dorang yang banyak halangan, peminat K-drama memang tak lepas nak tengok cerita ni tiap-tiap minggu.

Giphy 14

 

5. Princess Hour (2006)

Ph
sumber: blog

Antara drama yang jadi fenomena dekat Malaysia ialah Princess Hour. Zaman ni admin nak balik rumah cepat dari sekolah sebab nak tengok drama ni kat TV. Drama ni pun antara yang menaikkan nama drama Korea kat Malaysia dan seluruh dunia. Cerita ni pasal golongan aristokrat, perebutan kuasa dan kahwin paksa.

Giphy 3 1

 

6. Coffee Prince (2007)

Coffee Prince 24
sumber: blog

Drama ni sangat popular sampai ada remake di Malaysia yang dibuat di bawah arahan pengarah Michael Ang dan dibintangi tak lain tak bukan, Fattah Amin dan Janna Nick. Nampak tak penangan drama ni sampai dorang pilih nak adaptasi dekat Malaysia. Basically, drama ni pasal heroin yang tomboy dan berpakaian macam lelaki sebab nak dapat kerja. Confirm korang dah tengok kan?

Giphy 4 1

 

7. Boys Over Flowers (2009)

Boys Over Flowers
sumber: drama fever

Ok guys, BOF ni tersangatlah popular, sampai kat Astro pun ulang tayang banyak kali okay! Drama ni pasal percintaan budak sekolah dari background family yang berbeza. Dalam gaduh-gaduh, last-last jatuh cinta jugak. Yang ni pun kalau korang belum tengok lagi, korang tak payah acah peminat K-drama. Cerita ni lah start nama Lee Min Ho melonjak naik dan jadi popular sampai sekarang.

Giphy 5 1

 

8. You’re Beautiful (2009)

Maxresdefault 1
sumber: youtube

Drama ni start tayang masa zaman Kpop dah start terkenal. Sebab tu setting dia pasal sekumpulan band penyanyi. Masa ni pun antara watak sampingan merupakan vokal kumpulan FT Island dan CN Blue yang tengah popular. Cerita ni pasal heroin yang menyamar jadi abang kembar dia masuk dalam band sementara abang dia takde. Tapi, sambil tu terjatuh cinta pulak dengan hero. Tapi of course ada love triangle di pertengahahan cerita.

Giphy 6

 

9. Secret Garden (2010)

Hyun Bin
sumber: blog

Best weh cerita ni! memang tak boleh lupa lakonan mantap pelakon dalam cerita ni yang sekarang dah dikira sebagai pelakon A class. Peminat K-drama memang tak lepas lah tengok cerita ni sebab hero Hyun Bin tu memang bae! Yang heroin pulak pegang watak ala-ala tomboy yang merupakan stunt woman. Best tengok gelagat hero nak pikat perempuan yang tak perlukan lelaki tu.

Giphy 7

 

10. Dream High (2011)

Dream High
sumber: blog

Dream High jugak rasanya lebih diminati oleh Kpopers sebab drama ni setting dia dekat sekolah seni dan semua tengah kejar nak jadi artis Kpop dan pastinya ada konflik antara mereka dalam mengejar dunia glamor. Masa cerita ni lah startnya artis Kpop masuk dalam bidang lakonan pulak. Dalam Dream High, lima dari enam watak utama merupakan penyanyi Kpop. That is why cerita ni memang a must-watch dalam kalangan Kpopers dan peminat K-drama.

Giphy 8

 

11. Moon Embracing The Sun (2012)

Capture 5
sumber: viki

Watak hero dalam cerita ni dah menempah nama melalui performance hebat dengan muka yang hensem dari drama Dream High. After that, dia try historical drama di mana setting masa zaman Dinasti Joseon. Cerita ni pun tragis jugak sebab ada perebutan takhta berlaku and maharaja ni dalam masa yang sama nak protect wanita yang dia cinta. Semua pun ingat yang drama ni bikin penonton tangkap leleh!

Giphy 9

 

12. Reply 1997 (2012)

Reply 1997 Korean Drama Poster
sumber: blog

Peminat K-drama asalnya ragu-ragu nak tengok drama Reply 1997 sebab setting dia pada tahun 1997, zaman orang Malaysia tak kenal lagi dengan industri seni Korea ni. Tapi baru tengok episod pertama, ramai yang teruskan tengok sampai habis sebab jalan cerita yang menarik dan lawak serta barisan pelakon yang best macam Seo In Guk. Cerita ni ada banyak flashback pada zaman dorang kat sekolah sampai dah bekerja.

Giphy 10

 

 

13. School 2013 (2013)

School04 00312A
sumber: blog

Antara drama pasal kat sekolah yang diminati peminat drama Korea ialah School 2013 yang dibintangi oleh Lee Jong Suk dan Kim Woo Bin. Drama ni berkisarkan kat sekolah macam mana cikgu tackle pelajar mereka dan masalah peribadi students sampai buat perangai kat sekolah. Cerita ni merupakan antara drama yang menaikkan nama Lee Jong Suk yang mula mendapat demand untuk tengok dia berlakon lagi.

Giphy 11

 

14. The Heirs (2013)

The Heirs
sumber: blog

Drama ni pun antara yang tak sah kalau korang yang minat drama Korea tak tengok. The Heirs tentang kehidupan pewaris-pewaris bisnes keluarga yang masih bersekolah dan percintaan antara dua darjat. Giteww!! Drama ni menggandingkan dua pelakon hebat yang memang diminati dalam kalangan die hard fans K-drama iaitu Lee Min Ho dan Park Shin Hye. Bukan setakat dorang berdua ni je, ramai yang nak tengok Kim Woo Bin beraksi sebab….siapa tak suka oppa tu??

Giphy 12

 

15. Descendants of The Sun (2016)

L
sumber: blog

Drama ni macan dah jadi fenomena bukan setakat dekat Korea tapi dekat Malaysia jugak. DOTS berkisarkan tentang seorang askar dan seorang doktor yang jatuh cinta. Cerita ni lebih kepada romance lah ye. Song Joong Ki memang dah ada fans yang tersendiri especially sebab ramai peminat di Malaysia yang kenal dia dari variety show Runningman. Lepas tu ada berlakon dalam beberapa drama lain dan movie yang buat ramai start suka dengan lakonan dan muka comel dia!

Giphy 13

 

16. Scarlet Heart Ryeo (2016)

Sh
Sumber: allkpop

Peminat K-drama dan Kpopers bergabung menerusi cerita ni. Mana taknya, dalam cerita ni ada barisan pelakon yang best dan seorang penyanyi kumpulan EXO yang mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan melalui Scarlet Heart Ryeo. Cerita ni pasal seorang perempuan dari zaman moden yang termasuk zaman dulu-dulu dan jumpa dengan beberapa orang putera yang akhirnya berebut takhta. Dia pulak stuck in a middle.

So, berapa banyak drama dalam list ni yang korang dah tengok? Kalau korang dah tengok semua, tahniah sebab anda memang betul peminat K-drama!

Admin dapat 13/16…..

Baca: Peminat K-pop Confirm Suka! Anda Kini Boleh Sewa ‘Oppa’ Sebagai Tour Guide

Pageoppa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.