in

5 Fakta yang Korang Kena Tahu Tentang Ustaz Fadi yang Ditembak Mati di KL!

Page 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negara kita sekarang tengah kecoh tentang Ustaz Fadi yang berasal dari Palestin, maut ditembak beberapa hari lepas di hadapan kediaman beliau di Setapak. Berita ini totally mengejutkan semua orang, sebab langsung tak sangka benda macam ini boleh jadi dekat negara kita sendiri.

Difahamkan Ustaz Fadi ditembak oleh dua orang suspek yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi BMW GS. Salah seorangnya dah lepaskan 10 das tembakan, dan 4 dari tembakan tersebut terkena tepat pada kepala dan dada beliau, menyebabkan beliau meninggal dunia di tempat kejadian.


Rakyat Malaysia masing-masingnya tertanya-tanya kenapa kejadian ini berlaku. Apa motif sebenar suspek? Sebabnya kejadian ini memang nampak seperti dirancang. Ini dia 5 fakta yang mungkin menjadi penyebab utama kenapa beliau dibunuh.

1. Merupakan pensyarah Kejuruteraan Elektrik

Dbtngnyvaai2Mks
sumber: twitter

Selain daripada imam kedua di surau berdekatan kediamannya, beliau juga merupakan seorang pensyarah di IPTS dan mengajar dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Bukan itu saje, beliau juga mendapat kelulusan Doktor Falsafah dalam bidang tersebut. Menurut sumber, fakta ini jelas menunjukkan yang Israel tidak selesa dengan keistimewaan beliau kerana takut dengan kemahirannya itu boleh menumpaskan pihak mereka.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan pensyarah kanan Kejuruteraan Elektrik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL BMI) sejak tahun 2016 selepas beliau mendapat Ijazah Kedoktorannya.

 

2. Mahir buat roket

Dbtlmlkvmaa7Gvt
sumber: twitter

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kemanusiaan Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar, dia percaya kemahiran Ustaz Fadi dalam membuat roket jadi punca utama dia dibunuh. Sebelum ini Ustaz Fadi pernah beritahu yang dia pilih subjek Elektrik dalam pembuatan roket kerana pentingnya semua itu dekat bandar (Gaza) beliau.

“Palestin menderita krisis kritikal dalam sektor elektrik disebabkan pendudukan Zionis dan saya rasa tanggungjawab saya adalah mencari penyelesaian kreatif tentang sektor tersebut untuk dilakukan di Gaza,” kata Fadi.

 

3. Aktif kumpul dana untuk Palestin

Dbtoq5Zv0Aef Vy
sumber: twitter

Selain daripada itu, Ustaz Fadi pun aktif dalam bagi ceramah dekat surau-surau, terutamanya masa bulan puasa. Bukan itu je, beliau jugak selalu dijemput untuk menjadi Imam bagi solat tarawikh. Dalam masa itu dia mainkan peranan penting dalam usaha pengumpulan dana dari Malaysia untuk disalurkan dekat mereka yang diperlukan di Palestin. Kenyataan ini pasti buat Israel tak senang duduk, sebab Ustaz Fadi jadi jambatan antara Malaysia dan Palestin.

 

4. Kematiannya ada kaitan dengan Israel?

Aa 2
sumber: twitter

Fakta ini dikuatkan lagi dengan cara Ustaz Fadi dibunuh. Menurut sumber, cara pembunuhan beliau seakan-akan dengan modus operandi ‘Pembunuhan Bersasar’ yang dah diamalkan oleh Israel sejak dulu lagi.

Untuk pengetahuan korang, ‘Pembunuhan Bersasar’ ini dijalankan dengan cekap dan selalunya melibatkan ejen Israel yang melakukan pembunuhan ke atas individu-individu berprofil tinggi mahu pun individu yang boleh mengancam pihak Zionis.

 

5. Keluarga di Palestin dakwa Mossad ada kaitan dengan pembunuhan ini

Dbx7H2Zu8Aaotne
sumber: twitter

Dekat rangkaian televisyen Palestin, Al Mayadeen, dah laporkan yang seorang pemimpin kanan kumpulan pejuang jihad, Khaled al-Batsh berkata, sebagai anggota keluarganya, mereka mendakwa Mossad berada di belakang pembunuhan tersebut. Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) turut mendakwa Mossad terbabit dalam pembunuhan beberapa pejuang Palestin dan ahli sainsnya.

“Ramai pihak di Malaysia turut mendakwa ejen Mossad dah masuk ke Malaysia dan menggesa pihak berkuasa lebih prihatin mengenainya”

Capture 11
sumber: twitter

Ini sedikit biodata tentang Imam Dr. Fadi Al-Batsh

  • Berusia 35 tahun
  • Berasal dari kem pelarian Jabalia di Utara Semenanjung Gaza
  • Menetap di Malaysia sejak enam tahun lepas
  • Dikenali sebagai saintis yang inovatif dan banyak sertai persidangan antarabangsa termasuk di Jempun, britain, Finland, dan sepatutnya ke Turki pada hari kejadian
  • Terima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari UM
  • Dah menerbitkan 18 kertas kajian yang disiarkan dalam beberapa jurnal
  • Meninggalkan seorang balu serta tiga orang anak perempuan

Kejadian ini bukannya mengejutkan kita di Malaysia je, malah negara luar pun tertanya-tanya punca sebenar kejadian ini berlaku…

Baca: “Suspek tunggu mangsa selama 20 minit” – Ustaz Dari Palestin Maut Ditembak Semasa Nak Ke Surau

Page 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.