in

5 Cara Mudah Untuk Jana Pendapatan Sampingan Setiap Bulan

Cara Mudah Jana Pendapatan Sampingan Malaysia

Peningkatan kos sara hidup di negara ini bukanlah sesuatu yang baharu dan merupakan salah
satu masalah yang dihadapi oleh semua, lebih-lebih lagi sekiranya mempunyai pelbagai
komitmen.

Hari ini, melakukan lebih dari satu pekerjaan adalah perkara yang tidak asing lagi bagi menjana
pendapatan tambahan selain kerja ‘hakiki’ yang dilakukan setiap hari di pejabat. Pokok
pangkalnya, seseorang itu perlu rajin dan berusaha lebih sedikit jika nak dapatkan pendapatan
tambahan.

Seperti video yang dikongsikan di TikTok baru-baru ini mengenai ‘rahsia’ untuk menjana pendapatan sampingan meskipun mempunyai kerja tetap! Ini cara yang kita boleh gunakan : 

Tawarkan Perkhidmatan Ikut Kemahiran

Ada beberapa laman web yang mencari golongan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk menawarkan perkhidmatan tertentu seperti penulisan, penterjemahan, rekaan grafik dan lain-lain.

Theme Photos Cgpifh3Fjoa Unsplash

Jadi, kalau korang ada kemahiran tertentu, cuba tengok laman web yang memerlukan khidmat anda, contohnya Servis Hero, Goget dan lain-lain. Biasanya tawaran akan dibuat berdasarkan satu ‘job’ atau projek dan bayaran bergantung pada mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Manfaatkan Aset 

Bagi mereka yang mempunyai aset seperti rumah atau kenderaan, boleh jana pendapatan sampingan dengan menyewakan aset berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya ada bilik kosong dalam rumah korang, boleh disewakan.

Kalau taknak ‘terikat’ dengan penyewa, boleh pertimbangkan sewaan jangka pendek seperti Airbnb dan sebagainya.

Kedua, boleh sewakan kereta sekiranya korang ada kenderaan lain untuk ke pejabat atau jarang gunakan kenderaan tersebut, cuma kena berhati-hati kepada siapa kita nak sewakan.

E-hailing

Selain sewakan kenderaan, sekiranya orang ada motosikal atau kereta, boleh jana pendapatan tambahan dengan sertai mana-mana syarikat e-hailing atau daftarkan diri sebagai ‘rider’ penghantar makanan.

Cuma perlu diingatkan, kalau kerja sendiri ini, korang sendiri tentukan waktu bekerja dan pendapatan yang boleh korang jana nanti. Tapi, jangan disebabkan buat kerja kedua, kerja utama korang terabai pulak.

Affiliate marketing

Trend terkini yang sebenarnya dah lama ada di Malaysia adalah dengan sertai pemasaran berkonsepkan ‘affiliate’ iaitu kita hanya iklankan produk di mana-mana platform media sosial yang kita ada dan dapat komisyen daripada hasil jualan.

Austin Distel Tlzhfrlj6Ny Unsplash

Kalau nak tahu, ada beberapa laman web yang tawarkan peluang jana pendapatan melalui affiliate ni, ada laman web e-dagang, ada laman web tempahan hotel dan macam-macam lagi.

Buat bisnes online

Biasanya bila sebut pasal bisnes ni, pastinya ia akan melibatkan modal. Tapi ada sesetengah modul perniagaan tu korang tak perlu keluarkan modal macam dropship dan sebagainya. Korang tak perlu simpan stok, hanya buat jualan dan proses penghantaran akan dilakukan oleh pihak lain dan sebagainya.

Korang boleh jugak buat konsep pre-order atau kalau nak mulakan sesuatu yang menggunakan modal, kumpul duit gaji sedikit-sedikit dan untuk dijadikan modal.

Salah satu cara lain, korang boleh pertimbang untuk dapatkan pembiayaan peribadi yang ada ditawarkan sebagai contoh Pembiayaan Peribadi AEON Credit yang tengah adakan promosi sehingga 31 Disember 2022 ini.

Pf Fast Instant Financing Scheme Bm

Tak kiralah korang nak gunakan duit tersebut untuk jadikan modal perniagaan, nak beli gajet idaman dan sebagainya, AEON Credit menawarkan pembiayaan peribadi jangka pendek dengan tempoh pembiayaan sehingga 60 bulan.

Paling menarik, korang buat permohonan secara online sahaja dan kelulusan akan diberikan kepada mereka yang layak serta merta! Nak dapatkan kelebihan ini, korang hanya perlu masukkan kod “FASTPF01” semasa memohon secara online di laman web AEON Credit.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan pembiayaan peribadi dari AEON Credit dengan pembayaran balik sehingga 60 bulan dari bayaran serendah RM57 sebulan hari ini. Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, korang boleh ke laman web AEON Credit Service.

Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Sumber: Unsplash
Sumber: Unsplash
Sumber: Aeon Credit