in

“4 tahun dia kurung weh” – Kahwin Dengan Budak 13 Tahun, Lelaki Kurung Isteri Hanya Sebab Tak Pandai Masak

Kurung Isteri

Seorang lelaki tergamak mengurung isterinya di dalam bilik utama rumah mereka dekat Jawa Barat, Indonesia setiap kali dia keluar bekerja.

Menurut Harian Metro, lelaki tersebut turut tidak memberi makan dan mengasari isterinya itu sejak empat tahun lalu. Pasangan ini berkahwin ketika si isteri berusia 13 tahun namun difahamkan, lelaki itu merahsiakan perkahwinan mereka daripada jiran-jiran.

Disebabkan itu, tiada seorang jiran pun yang sedar dengan kewujudan isterinya di rumah sewa mereka dekat Desa Kapasiran. Penderitaan remaja itu yang kini berusia 17 tahun berakhir pada Sabtu lepas apabila dia berjaya melarikan diri ketika suaminya keluar rumah.

Istri1

Dia kemudian terus meminta bantuan penduduk setempat yang terkejut melihat keadaannya ketika itu. Ketua Griya Parungpanjang Desa Kapasiran, Saban berkata, ketika ditemui, remaja terbabit tidak terurus, pucat, berbau dan badannya cedera.

Kata mangsa, dia akan dikurung dalam bilik utama yang mempunyai tandas dan tidak akan diberi makan setiap kali suaminya keluar bekerja. Selain itu, dia juga sering didera kerana alasan remeh antaranya adalah tidak pandai memasak. 

Bau (badannya) busuk sampaikan penduduk hendak muntah dan matanya lebam bekas pukulan serta badannya kurus dan pucat. Saya tidak pernah tahu kewujudan wanita di dalam rumah sewa lelaki itu kerana dia memberitahu belum berkahwin.”

Lelaki itu melarikan diri selepas rahsianya terbongkar. Kami tidak sangka kerana lelaki itu seorang yang baik dan rajin bekerja.”

Istri2

Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis di Rangkasbitung, Banten dan Ketua Polis Parung Panjang Nundun Radiama mengesahkan pihaknya telah berjaya menahan lelaki terbabit.

Baca: “Dia paksa buang semua contacts & apps dekat phone” – Wanita ‘Ditorture’ Oleh Kenalan Dating Apps Dekat Apartment Bukit Bintang

Dera12

Sumber: Pop Grid
Sumber: Harian Metro