Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun berinisial RD kerana tergamak menganiaya anak kandungnya sendiri yang baru berusia dua tahun sehingga cedera parah.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polresta Padang, Kompol M Yasin, penderaan fizikal tersebut difahamkan telah berlarutan selama hampir sebulan. Suspek bertindak melakukan perbuatan kejam itu di kediaman mereka setiap kali isterinya tiada di rumah.
Artikel berkaitan: “Kaki diikat & hanya berlampin” – Serbuan Polis Indonesia Bongkar Pend*raan Kanak-kanak, 13 Individu Ditahan
Artikel berkaitan: Wanita Sarat Hamil 9 Bulan & Ibu Didakwa D*ra Anak Asuhan Hingga Cedera
View on Threads
Hasil pemeriksaan mendapati sekujur tubuh bayi malang itu dipenuhi dengan bekas parut akibat dicucuh puntung rokok, kesan gigitan, lebam pada bahagian alat sulit, serta kesan melecur akibat disiram air panas pada kaki kanannya.
Penderitaan mangsa akhirnya terbongkar selepas jiran tetangga terdengar suara bayi berkenaan menangis tanpa henti. Berasa curiga dengan situasi tersebut, jiran-jiran bertindak nekad menyerbu rumah berkenaan dan membawa paksa bayi itu sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.
“Sebelum ini jiran-jiran memang tidak tahu apa yang dialami oleh anak ini kerana dia sangat jarang dibawa keluar rumah. Ibunya juga tidak berani bercerita kerana sering menerima ancaman,” jelas Pegawai Samapta, Polresta Padang, Ipda Ghifari Iman Sanika.
Difahamkan, mangsa kini sedang menerima rawatan intensif di Hospital Bhayangkara Padang.
Motif Alkohol & Tekanan Ekonomi
Hasil siasatan awal pihak polis mendapati tindakan kejam suspek didakwa berpunca daripada tekanan faktor ekonomi serta di bawah pengaruh alkohol.
Gambar suspek digiring ke sel tahanan kini tular di media sosial dan mendapat simpati yang amat mendalam daripada masyarakat. Pihak polis masih lagi mendalami keterangan lanjut daripada suspek serta saksi di tempat kejadian.
