in

4 Resipi Ni Korang Boleh Jadikan Hidangan Untuk Hari Raya, Lain Dari Lain Sikit…

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Juadah raya macam lemang, rendang, ketupat dan masak lodeh ni memang hidangan yang wajib dimakan setiap kali menjelang Hari Raya Aidilifitri. Tapi, kalau dah hari-hari mengadap benda yang sama pun bosan jugak kan?


Dekat bawah ni, admin share kan beberapa resipi yang korang boleh jadikan hidangan raya selain yang admin sebutkan dekat atas tadi. Jom!

1. Resipi Ungkep Ayam

27B5A8D89Ba4Cbe0Bf5517887Aeb39094520E13C

Untuk pengetahuan korang, resipi ungkep ayam ni memang antara juadah famous dekat Indonesia bila hari raya tau. Bahan-bahan yang digunakan pun senang sangat.

Bahan bahan:

  • 1kg ayam (potong 12 atau 12)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1-2 cawan air
  • 1-2 asam keping
  • minyak

Bahan kisar: 

  • Lebih kurang 2-3cm halia
  • Lebih kurang 3cm kunyit hidup
  • 12-17 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • 10-12 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih

Cara cara:

Panaskan sedikit minyak. Tumis serai yg diketuk tadi. Dah naik bau, masukan bahan-bahan yg dikisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam kecut dan masak. Tambah air sedikit-sedikit. Kacau sekali sekala untuk memastikan ayam tak hangus atau hancur.

Perasakan dengan sedikit garam, gula dan sedikit perasa pilihan. Masak hingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih, tak perlu masak sampai kering.

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Siapppp

Sumber: Che Nom

2. Grilled Kebab

Steak Kebabs 12

Kalau korang buat makan-makan raya, apa kata kali ni korang buat grilled kebab. Peh, confirm tetamu korang meleleh tengok.

Bahan bahan:

  • 400g daging
  • 1/2 sudu serbuk bawang putih
  • 1 sudu paprika
  • 1/2 sudu lada hitam
  • garam
  • minyak masak
  • lidi sate
  • lada benggala
  • bawang holland

Bahan sos putih:

  • 1/2 cawan mayonnaiese
  • 1/2 cawan plain yogurt
  • 1 sudu cuka
  • 1/2 sudu gula
  • 1/2 sudu serbuk bawang putih
  • garam

Cara cara:

Sumber: Khairul Aming

3. Bihun sup tulang utara special

Bihun Sup Inst

Dengar cerita, raya tahun ni cuaca akan sentiasa hujan. Bila hujan ni memang syok betul kalau dapat makan sup panas-panas kan? Fuh!

Bahan bahan kisar:

  • 6-7 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih

Bahan bahan sup tulang:

  • Anggaran 1 kilo bahagian tulang lembu
  • Anggaran 300g isi daging
  • Batang sup
  • Batang/pangkal daun bawang
  • 2 inci halia
  • 1 bungkus sup bunjut
  • ½ sudu besar serbuk jintan manis
  • ½ sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 batang serai
  • Air secukupnya
  • Garam, secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • ½ kiub pati lembu/ayam

Bahan bahan untuk rempah 4 sekawan:

  • batang kayu manis
  • 3 kuntum cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang

Bahan bahan bihun:

  • 1 pek / 500g bihun
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit

Bahan bahan sambal merah:

  • ½ cawan minyak masak
  • 4-5 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar sos cili
  • ½ cawan air asam jawa
  • garam, secukup rasa
  • Anggaran 2 sudu besar gula

Bahan taburan:

  • lobak masin
  • limau nipis
  • hirisan daun sup
  • hirisan daun bawang
  • bawang goreng

Cara-cara untuk sup tulang:

    1. Masukkan daging dan tulang, bahan-bahan sup serta bahan tumbuk bersama.
    2. Masukkan air mengikut kesesuaian dan rebus selama 2 jam.
    3. Selepas sup sudah mula mendidih, letakkan garam secukup rasa, lada sulah dan kiub pati lembu/ayam.

Cara-cara untuk bihun:

      1. Rendam bihun didalam air yang dimasak lalu masukkan ½ sudu serbuk kunyit dan biarkan sehingga bihun menjadi lembut.
      2. Kemudian, toskan air dan bilas bihun dengan air sejuk agar proses pemanasan bihun berhenti.

Cara-cara untuk sambal merah:

        1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
        2. Masukkan bahan-bahan untuk sambal merah seperti cili kisar, cili serbuk dan sos cili. Pastikan bahan dimasak dengan betul-betul sehingga menjadi pekat dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika perlu.
        3. Selepas itu, masukkan air asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Lebihkan gula untuk rasa sambal yang lebih sedap.

Sumber: Che Nom

4. Ayam kicap berempah

Maxresdefault 1

Kalau korang nak tahu, selain rendang, ayam kicap pun sedap gila kalau dapat makan dengan nasi impit tau!

Bahan bahan:

  • 2-3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato
  • ½ ekor ayam
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 3-4 ketul hati ayam air secukupnya (untuk rebus hati)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 batang serai rempah
  • 4 sekawan
  • 1 tangkai daun kari
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • ½ sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • kicap manis secukupnya
  • air untuk berkuah
  • 2 sudu besar pati asam jawa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil gula melaka
  • 1 biji bawang besar

Cara cara:

Sumber: Che Nom

Mana satu resipi kesukaan korang? Admin suka ayam kicap tu. Kalau masa raya memang tercari-cari!

 

Baca: 3 Aneka Resipi Sihat & Enak Berasaskan Ayam Yang Korang Boleh Cuba Kat Rumah Untuk Hilangkan Bosan

Screenshot 2021 05 11 At 1.55.05 Pm

Sumber: Che Nom
Sumber: Che Nom
Sumber: Che Nom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.