in

“Rendang landak?” – 5 Rendang ‘Rare’ Yang Korang Boleh Cuba Raya Ini!

Untitled Design 2022 04 18T161429.849

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila bulan Syawal menghampiri, mesti ramai di antara kita sudah pun merancang apa yang ingin dimasak dan apa yang perlu disediakan. Lagi-lagi mak-mak kita, semua benda mesti kena on point. Betul tak?

Masyarakat kita sinonim dengan juadah ketupat atau lemang dan rendang pada hari raya, raya macam tak jadi kalau tak ada dua hidangan tu!


Biasanya, kita akan masak rendang ayam atau daging kan? Kadang-kadang orang Negeri Sembila rendang itik pun mereka selalu buat, tapi pernah tak korang terfikir lauk-lauk lain selain ayam dan daging yang boleh dimasak rendang?

Jom kami kongsikan 5 rendang ‘rare’ yang korang boleh cuba raya ini!

Rendang Landak

Untitled Design 2022 04 18T160446.931

Untuk kebanyakkan orang, landak ini binatang yang comel dan ada juga yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan, bagaimanapun terdapat juga mereka yang menggunakan landak sebagai bahan utama dalam memasak rendang.

Dikatakan, dagingnya mempunyai tekstur yang lembut seakan-akan ayam tetapi lebih manis dan sedikit liat. Macam sedap je!

Rendang Maman 

Untitled Design 2022 04 18T160631.107

Biasanya kalau rendang kita mesti kaitkan dengan protein seperti daging dan ayam kan? Pernah tak terfikir buat rendang daripada sayuran? Rendang maman ini sangat terkenal di Negeri Sembilan. Maman ini merupakan sejenis sayuran yang mempunyai rasa sedikit pahit dan kelat.

Maman ini biasanya dijerukkan dan jika ingin dibuat rendang biasanya ia akan direbus dahulu sebelum dijadikan rendang.

Rendang Pucuk Ubi

Untitled Design 2022 04 18T160827.901

Selain rendang maman, daun pucuk ubi juga selalu dibuat rendang. Seperti rendang maman, rendang pucuk ubi juga banyak dimasak oleh orang Negeri Sembilan.

Jika anda biasa makan pucuk ubi yang dicelur atau dimasak dalam kuah, rendang pucuk ubi pula sangat berbeza. Ia lebih rangup dan ringan, hampir sama dengan serunding. Memang sedap!

Rendang Telur

Untitled Design 2022 04 18T161038.542

Jangan salah sangka ya, bukan telur sebiji-sebiji tu! Rendang telur ini merupakan masakan yang berasal dari Indonesia yang sinonim dengan masyarakat Minangkabau.

Rendang telur atau lebih dikenali sebagai rendang talua merupakan campuran telur dan tepung yang dijadikan dalam bentuk kepingan nipis seperti kerepek dan mempunyai tekstur yang rangup kerana telur telah dibuat super garing.

Ia kemudian disaluti dengan perencah tumisan rendang yang telah dikeringkan, rendang telur ini boleh dimakan sebagai kudapan atau dimakan bersama nasi panas, syok betul!

Rendang Kupang

Untitled Design 2022 04 18T161219.717

Bagi penggemar seafood, korang kena cuba rendang kupang ini. Rasanya lebih mewah dan manis berbanding kerang malah saiznya juga mempunyai perbezaan yang ketara.

Rendang ayam biasanya memakan masa hampir berjam-jam tetapi kalau rendang kupang ini kejap je masak dia!

Lagi syok kalau rendang kupang ini dibuat sedikit pedas, memang ngam makan dengan ketupat nasi.

Korang dah ada idea ke nak masak apa raya ni? Share sikit!

Baca: Teruja Nak Balik Raya? Ini 5 Benda Korang Wajib Buat Sebelum Pulang Ke Kampung

Untitled Design 2022 04 18T160201.981

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.