in

27 Laporan Dibuat Kes Menteri Ingkar Kuarantin, Polis Dah Buka Kertas Siasatan

Untitled Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis Diraja Malaysia dilapor telah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali — kerana gagal mematuhi kuarantin wajib selepas pulang daripada kunjungan ke Turki.


Berita Harian melaporkan, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata — setakat ini, sebanyak 27 laporan polis telah diterima berhubung perkara tersebut.

Siasatan terhadap Mohd Kharuddin dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Semalam, menteri itu dikenakan kompaun RM1,000 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana ingkar kuarantin — namun ia mengundang kritikan banyak pihak, dan orang ramai menyuarakan kemarahan mereka di platform media sosial.

Selain mendesak Mohd Khairuddin meletak jawatan, ada juga yang menuntut menteri itu didakwa di mahkamah dan mendapat hukuman setimpal tanpa mengambil kira perbezaan darjat antara pemimpin dan rakyat biasa.

14

11 2

Malah tempias kemarahan rakyat turut dihamburkan kepada KKM sendiri berhubung isu tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata — kompaun RM1,000 yang dikenakan pihaknya terhadap Khairuddin adalah berasingan daripada siasatan yang sedang dijalankan polis.

 

Baca: Lebih 20,000 Tandatangan Petisyen Desak Menteri Langgar SOP Kuarantin Kendiri Letak Jawatan

3Sop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.