Salah Guna Logo Halal, Syarikat Bakal Berdepan Saman RM200,000, Individu RM100,000

Tambah ke Sumber Pilihan
Logo Halal

Bagi menangani salah guna logo halal yang berleluasa ketika ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, mendedahkan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menaikkan denda bagi penyalahgunaan logo tersebut.

Memetik laporan Bernama, cadangan ini diusulkan selepas Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan mencadangkan KPDN dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengkaji semula kemungkinan menaikkan denda sekiranya kesalahan seumpama itu terus meningkat.


Screenshot 2025 01 18 At 2.21.44 Pm

Armizan menegaskan bahawa hukuman semasa untuk menyalahgunakan logo halal sudah berat.

Jelasnya, di bawah Perintah Perihal Dagangan (Definisi Halal) 2011, syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta, manakala individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 3 tahun.

Dibawah Perintah Perihal Dagangan (Pensijilan dan Penandaan Halal) 2011, syarikat boleh didenda sehingga RM200,000 bagi kesalahan tertentu, dan penalti boleh RM500,000 bagi pelanggaran yang lebih serius.

Artikel berkaitan: Roti Keluaran GISB Tidak Memiliki Logo Halal Yang Sah – JAKIM

Artikel berkaitan: Isu Sandwic ‘Ham & Cheese’ Dijual Di IPTA, JAKIM Sahkan Tiada Sijil Halal

Screenshot 2025 01 18 At 2.20.55 Pm

Bagi individu pula, denda boleh mencecah RM100,000, penjara setahun, atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan lain, penalti boleh termasuk denda sehingga RM250,000, penjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Salah Guna Logo Halal, Syarikat Bakal Berdepan Saman RM200,000, Individu RM100,000
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/salah-guna-logo-halal-syarikat-bakal-berdepan-saman-rm200000-individu-rm100000/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM