in

“Cicak pun nak tumpang famous”-[Video] Video Syed Saddiq Jadi Topik Hangat Kerana Seekor Cicak

Ft Syed Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau cakap pasal Syed Saddiq mesti netizen akan terbayangkan stoking dia yang berwarna-warni. Sebelum ni, viral gambar Syed Saddiq pergi ke mahkamah dengan memakai stoking biru bercorak.


Tapi lain pula dengan cerita kalini. Dua hari lepas, Syed Saddiq ada memuat naik video di akaun Twitter nya, namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah kelibat seekor cicak yang muncul di ‘sebelah’ Syed Saddiq. Dari mana pula datang cicak tu…

 

“alamak ada cicak”

Video yang berdurasi seminit itu mendapat hampir setengah juta tontonan sehingga kini. Dalam video tersebut, Syed Saddiq ingin memberitahu bahawa dia akan ke mahkamah untuk membersihkan namanya dalam beberapa isu politik.

Bagaimanapun fokus warganet terganggu dek kelibat seekor cicak yang muncul tiba-tiba di sebelah Syed Saddiq pada saat ketiga video. Sebok la cicak ni!

Pada awalnya, netizen tak perasan pun cicak itu muncul sebab saiznya yang kecil dan keberadaannya hanya sekejap. Namun selepas scroll komen, baru mereka perasan ada cicak dalam video tersebut. Min pun tak perasan juga.

Seorang pengguna Twitter kemudiannya telah screenshot video tersebut untuk menunjukkan bukti terdapat kelibat cicak sebelum memuat naik di akaunnya.

“Yang ni lawak”

Syed Saddiq berkata memang cicak selalu ada dalam kereta sebab dah lama tak cuci. Yela carwash kan tutup time PKP ni.

Masa untuk basuh kereta”

Beberapa netizen yang menonton video tersebut memberi komen yang menarik dan kelakar. Siap ada yang kata cicak tu sebenarnya ‘spy’..Come on, takkan lah cicak spy..

Cicak Komen

Rata-rata netizen menyokong ucapan Syed Saddiq dalam video tersebut dan mendoakan agar semua urusannya di mahkamah berjalan dengar lancar. Mereka juga berharap agar PKP akan berakhir secepat mungkin.

Kalau min jadi Syed Saddiq, min dah taknak naik kereta tu lagi, takut…

Baca: ku ingat lelaki terer bab kereta gelagat pemuda ini tak jumpa brek tangan buat ramai terhibur 

Break E1628219418733

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.